scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Sunday 19 February 2012

Permata Hati Ibu , Izinkan Ibu Bercerita Denganmu.

pernahkah anda mendengar tentang hebatnya ganjaran menjadi seorang ibu ? berjihad di jalan Allah , dihapuskan dosanya , didoakan para malaikat dan pelbagai lagi . subhanallah . besar kan ganjaran buat mereka ? namun , pernahkah anda fikir mengapa mereka mendapat ganjaran setinggi itu ? malah mereka mendapat pengiktirafan sebagai seorang yang berjihad di jalan Allah . bukan calang calang orang yang boleh meraih pengiktirafan itu melainkan benar benar jiwanya berserah kepada Allah swt . baiklah , insyaAllah hari ini ana akan cuba untuk memberikan sebab kenapa mereka mendapat ganjaran sedemikian . semoga dengan ini , kita akan lebih menyayangi ibu kita . insyaAllah .

apabila seorang ibu mengandung , maka beristighfarlah para malaikat untuknya . Allah swt . mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan .

" kini genap 2 tahun ibu  bernikah dengan papa . sudah lama kami menanti kehadiranmu wahai anakku . sehingga akhirnya , kami tidak lagi mahu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti . ibu ke kerja , ibu pulang kerja , dan begitulah setiap hari yang berlaku dalam hidup ibu . kini ibu semakin lemah , ibu mudah penat . sehinggalah suatu hari , ibu jatuh pengsan di tempat kerja . sedar sahaja , ibu di katil hospital bertemankan papa disisi ibu . papa tersenyum menitiskan air mata kesyukuran . sayang , kini kami sedar tentang kewujudanmu ! ketika itu hanya Allah yang tahu perasaan ibu . ibu terkejut , bahagia , gembira , takut , dan perasaan ibu untuk bertemu cahaya sulung ibu tatkala itu membuak buak sayang . tapi kan sayang , izinkan ibu bertanya perasaan sayang kini , jika ibu menghubungi untuk bertemumu sayang , adakah kamu juga mengalami perasaan yang sama ? atau kamu langsung tidak mahu bertemu dengan ibu ?

sayang , selera makan ibu mula berkurangan . ibu mual mual . ibu makan , ibu akan muntah . pada awalnya , ibu tidak selesa dengan keadaan ini , tapi lama kelamaan , ia seperti menjadi aktiviti harian ibu . tidak kira di mana , tanpa dapat disekat . pernah suatu masa ketika dalam mesyuarat bersama boss serta mereka dari syarikat lain , ibu bersendawa . tapi ketika itu , ibu langsung tidak malu sayang . malah ibu mampu berkata , pembawaan anak . tapi sayang , sekiranya ibu bersendawa begitu di hadapan sahabat sahabat sayang , adakah sayang mampu bersuara mengatakan ibu seorang tua yang sudah uzur ?

sayang , muntah ibu semakin teruk . buah mempelam sudah tidak mampu lagi menahan mual ibu . akhirnya , ibu dimasukkan ke wad . ibu kekurangan air . alhamdulillah ilmu yang dipelajari seorang doktor itu mampu menangani masalah ibu . 

kini kamu sudah semakin membesar . selera makan ibu semakin bertambah sayang . macam macam yang ibu inginkan . pernah satu malam , ibu menangis keanakan kerana tidak dapat meniknati mee bandung . mujurlah papa seorang yang sangat penyabar . pelik . sungguh pelik . ibu mempunyai tabiat yang sangat pelik ketika ibu mengandungkanmu sayang . ibu sangat suka mengunyah batang pencungkil gigi . itulah chew gum yang paling lazat pernah ibu makan . sungguh dashyat pembawaanmu kepada ibu sayang . tapi sayang , seandainya kini ibu meminta semangkuk mee bandung darimu , adakah kamu akan sediakan untuk ibu ? sekiranya tidak mampu disediakan , adakah kamu akan merasa sedih ? atau mungkinkah kamu marahkan ibu dengan mengatakan ibu seorang yang mengada ngada ?

seronok . kini perut ibu semakin membesar . ibu ke klinik bersama papa untuk pastikan keadaanmu sayang .   kata papa , dia tak mahu ibu menanti berjam jam di klinik kerajaan kerana dia tahu ibu sudah tidak mampu duduk dalam tempoh yang lama . jadi kami menuju ke klinik swasta . banyak penjimatan kami lakukan untukmu sayang . selesai ibu melakukan pemeriksaan , ibu keluar dipimpin papa . papa minta untuk melihat rekod kesihatan . kemudian , papa dengan selamba berkata ' ratu abang ni dah gemuk ya ' , serentak selepas itu , kamu menendang perut ibu . baiklah kamu pun bersetuju dengan papa ya ? dengan perut yang besar , ibu tidak mampu berjalan laju . mahu merasainya ? cubalah ikat buah tembikai dan berjalanlah kamu ke mana mana selama sehari . tapi untukmu sayang , ibu gagahkan ! ibu perlu pastikan jalan benar benar tidak berkenderaan untuk melintas . ibu tidak boleh berlari dalam keadaan ini sayang atau jika ibu tetap berlari , keadaan ibu tidak ubah seperti seekor penguin . ibu berjalan perlahan keranamu sayang . tapi sayang , sekiranya suatu hari nanti kamu berjalan bersama ibu , sanggupkah kamu meminpin ibu yang ketika itu sudah lemah dan tidak mampu lagi untuk berjalan ?

sayang . maafkan ibu . kerana kecuaian ibu tersilap dalam memilih makanan , kamu menerima padah . 3 hari kita berada di wad sayang . mungkin kerana khuatir kuman akan menjangkitimu , setiap 4 jam ibu disuntik . setiap suntikan yang ibu terima , ibu dapat merasakan pengalirannya dalam setiap urat dalam badan ibu . sayang , itulah suntikan yang paling sakit pernah ibu alami . demi kebaikanmu sayang , ibu sanggup ! tapi sayang , sanggupkah kamu membuat pengorbanan untuk kebaikan ibu ? atau bagimu , tiada satupun kebaikan dalam diri ibu ?

sayang , badan ibu sering sakit . di waktu siang , ibu menanti waktu malam untuk rehat dari sakitnya pinggang , belakang dan pinggul ibu akibat jalan dan duduk . tapi sayang , waktu malam ibu lain pula ceritanya . ia tidak lagi seperti dahulu . susah untuk ibu lena . mengiring ke kiri tidak selesa , mengiring ke kanan pun tidak , terlentang lagi lah tidak sayang . cuba sahajalah meletakkan guni seberat 2 kilo di atas perutmu , dan cubalah untuk tidur sayang . aktif sungguh kamu sayang . kamu suka menendang perut ibu . setiap malam perlu ibu usap usap kamu untuk mengurangkan kenakalanmu . banyak bantal yang digunakan untuk menjadi alasmu sayang . semoga dengan itu , kamu benar benar selesa . sekiranya ibu terjumpa posisi yang selesa untukmu , maka begitulah keadaan ibu tidur sehingga keesokan harinya sayang . sama ada lenguh ataupun tidak , ibu tidak pedulikannya . yang penting , anak dalam kandungan ibu dalam keadaan yang baik . tapi sayang , seandainya suatu hari nanti ibu sudah daif , adakah kamu mahu membantu dan berkorban untuk ibu ?

sayang , harimu semakin hampir . ibu semakin tidak sabar untuk bertemu denganmu sayang . papa juga begitu . berbekalkan simpanan yang kami ada , ibu dan papa bershopping untukmu sayang . banyak yang kami beli . kata orang , bayi akan memerlukan lampin pakai buang sebanyak 5 hingga 6 keping . bayangkanlah sayang kos untuk lampinmu sahaja . kemudian , kami menuju pula ke bahagian mandian . ibu dan papa mengambil masa untuk memastikan belian alat mandimu merupakan yang paling berkualiti . begitu juga dengan susumu sayang . persiapan tidurmu , pakaianmu , semuanya kami sediakan yang terbaik . dengan ini kami mengharapkan kamu akan mendapat yang paling sempurna ketika hadir dalam mahligai ibu dan papa . tapi sayang , mungkinkah sayang akan menyediakan yang sama untuk kami kelak ?

selesai menunaikan solat subuh , air ketumban mula membasahi . ibu terkejut kerana di saat itu ibu tidak merasakan kesakitan . ibu segera memanggil papa , kemudian ibu mencapai hijab untuk menutup aurat ibu . papa pula kelihatan begitu takut ketika mengambil beg serta segala barang keperluan untuk kita . kami kemudiannya tiba di hospital . sungguh sayang , sakit itu hanya Allah yang tahu . tatkala itu , semua urat darah timbul menggantikan kulit wajah . mata yang biasanya putih menjadi merah . sayang , ibu gagahkan juga untukmu . sayang , sungguh ibu tak nak kamu lemas . sungguh , ibu nak kamu lahir dengan selamat . sayang , saintis mengatakan bahawa badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del . tetapi semasa bersalin , ibu mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak . sakit sayang . sungguh sakit . ibu mengalami sakit ini selama berjam jam sayang . tapi alhamdulillah , ganjaran berjihad pada jalan Allah kini berjaya ibu peroleh . kamu pula menambahkan lagi ganjaran dengan kelahiran yang sempurna , yang mampu memberi cahaya kegembiraan di hati ibu dan papa .

sayang . kini kamu lahir ke dunia . kini kamu sudah dewasa . kini kamu sudah pandai berkata kata . ketika kamu kecil dulu , ibu sering menciummu sayang . ketika kamu dewasa , mengapa tidak kamu mengucup pipi ibu ? ketika kamu kecil dahulu , ibu selalu memelukmu , menyokongmu . tapi kenapa kini kamu tidak sudi untuk memeluk wanita yang telah mengandungkan kamu dengan segala kesusahan dan melahirkan kamu dengan segala kesakitan yang ada ? sayang , dulu ibu selalu menyuruh perkara yang baik , dan kamu mendengar ibu . tapi kenapa kini kamu marah kepada ibu ketika ibu melarangmu berbuat kejahatan ? sayang , dengan segala khudrat yang ibu ada , ibu berjaya melahirkanmu . tapi kenapa dengan segala khudrat yang kamu ada , kamu tidak berusaha untuk berjaya ? sayang , ibu bangga sekiranya kamu menjadi seorang yang berjaya . kejayaanmu akan ibu canang kepada seluruh kenalan . tapi kegagalanmu membuatkan ibu lari dari setiap kenalan ibu . ibu tidak mampu untuk mendongak memandang wajah mereka . "

masyaAllah . sungguh besar pengorbanan ibu . maafkan ana . ana hanya mampu membuat coretan untuk selama tempoh ibu mengandungkan kita 9 bulan . insyaAllah ana akan cuba lagi untuk menulis yang lain . ingatlah wahai anak anak , apa yang kita baca hari ini masih tidak mampu menandingi hakikat sebenar keperitan ibu kita . sahabatku sayang , gembirakanlah hati mereka . balaslah jasa mereka . sentiasalah berdoa untuk mereka . dan pada ketika kita berdoa untuk mereka , bayangkanlah wajah mereka , semoga dengan ini kita semakin menghargai mereka . insyaAllah .





Tuesday 14 February 2012

Sejarah Valentine Day .

Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi . Hari Valentine adalah semata mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka .

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine , tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II .

Pada 14 Februari 270 M , maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya . Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani .

Riwayat lain menyatakan , maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga . Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang . Oleh kerana itu , maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan , akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi , hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakannya . Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis , puteri salah seorang penjaga penjara . Gadis itu mengidap satu penyakit , lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya . Setelah diubati , tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya . Sebelum dihukum , pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis : " Dari yang tulus Valentine . " Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya .

Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah , terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta , di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun . Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak . Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama , dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu . Mereka pada ketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya : " Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini" . Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun . Para pendeta memandang bahawa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom , dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan , oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari " Dengan menyebut nama Tuhan Ibu " menjadi " Dengan menyebut pendeta Valentine " sebab ia adalah simbol Nasrani , dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani .

Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih , termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia , kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari .

Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih atau Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani atau Kristian .

Hukum Sambutan Valentine Day.

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam .

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha . Ini sebagaimana yang firman Allah SWT.:

Bagi tiap-tiap umat , Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan , maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu ; dan serulah ( wahai Muhammad ) umat manusia kepada agama Tuhanmu , kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus .

Al-Hajj , 67

Anas bin Malik r.a berkata Nabi saw pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya . Pada kedua-duanya mereka bermain-main ( bergembira ) di masa jahiliah . Lalu baginda bersabda :

“ Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik , iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri . ”

 Hadis riwayat al-Nasaai , 959

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan RasulNya khusus untuk umat Islam . Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam , pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul , Israk Mikraj , Maal Hijrah , Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi .

Terdapat larangan daripada baginda saw untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya :

" Barangsiapa menyerupai satu kaum , maka dia termasuk golongan mereka . "

Hadis riwayat Imam Abu Dawud , 3512

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan , membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal .

Tentang hukum menyambut Hari Valentine , Syaikh al-‘Utsaimin berkata :
 
" Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine , maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir . 
Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain , maka orang itu telah melaksanakan dosa besar . ”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah swt memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan . Firman-Nya :
" Dan janganlah kamu menghampiri zina , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) . "

 Al-Israa’ , 32

Monday 6 February 2012

Kasih Kekasih .

assalamualaikum sahabat . pernahkah anda mendengar lunaknya nyanyian kumpulan nasyid in team , kasih kekasih ? pernahkah anda menghayati setiap patah lirik dalam lagu ini ? jika tidak , insyaAllah ana ingin menghayati lagu ini bersama anda semua yang sedang hangat bercinta .



tak perlu aku ragui ,
sucinya cinta yang kau beri , 
kita saling kasih mengasihi ,
dengan setulus hati .

apakah anda masih meragui pasangan anda ? oleh kerana ingin mendapatkan kepercayaan sepenuhnya dari dia , adakah anda sanggup mengorbankan diri anda sendiri ? masyaAllah . inilah yang terjadi dengan remaja kita sekarang . untuk membuktikan ' kesucian cinta ' , mereka sanggup menggadai ' kesucian diri ' . remaja sekarang , mereka menunjukkan betapa mereka saling mengasihi sesama mereka sehingga dunia ini seolah olah mereka yang punya . salah . sememangnya salah cara mereka ini . apa yang dimaksudkan dengan cinta suci ini adalah apabila mereka benar benar bersedia untuk mendirikan masjid seteguh masjidil haram . apa yang dimaksudkan dengan saling kasih mengasihi dengan setulus hati adalah apabila mereka saling menyetujui untuk membina sebuah masjid seindah masjidil haram dengan menerima segala kebaikan dan keburukan pasangan mereka . sebenarnya , perasaan cinta ini indah kan ?



ayah ibu merestui ,
menyarung cincin di jari ,
dengan rahmat dari Ilahi ,
cinta kita pun bersemi .

zaman moden kini , kita tidak boleh lari dari hakikat sebenar . ramai yang bercinta dan memilih pasangan mereka sendiri . sudah lama menjalin cinta , sudah lama berjanji setia , setelah yakin barulah mereka pohon restu ibu bapa . tidak salah cara ini . asalkan mereka mentaati peraturan peraturan batasan pergaulan mereka . nah , kemudian dibawa pasangan bertemu orang tua . apabila mendapat restu , bersyukurlah . bagi yang tidak pula , jangan berhenti memohon doa walaupun mungkin anda fikir itu suatu yang mustahil untuk menjadi kenyataan , walhal tiada yang mustahil bagi kuasa Allah . awas ! jangan kita lupa . cinta itu rahmat dari Allah . jangan sesekali kita musnahkan rahmat itu . hargailah rahmat itu . menghargai bukan dengan cara menambahkan lagi bilangan anak luar nikah di Malaysia negara Islam ini . gunakanlah rahmat ini sebaik mungkin . setialah dalam hubungan , ikhlaslah dalam hubungan , cintalah hubungan kerana Allah , bukan kerana nafsu . kerana cinta itu dari Allah , bukan nafsu !



sebelum diijabkabulkan ,
syariat tetap membataskan ,
pelajari ilmu rumah tangga ,
agar kita lebih bersedia ,
menuju hari yang bahgia .

sekali lagi ditekankan di sini , sebelum diijabkabulkan syariat tetap membataskan . mungkin sesudah mendapat restu orang tua , atau mungkin selepas anda bertunang , anda merasakan anda semakin dekat dengan pasangan . ingatlah ! green light yang diberi ibu bapa bukanlah green light untuk ke lembah kemaksiatan . dekat anda dekat di hati , bukan di jasad . sentiasalah menjadi kekasih Allah agar kita menjadi musuh syaitan . insyaAllah . teguhkan tiang masjid , kemudian kukuhlah masjid anda . belajarlah , kuatkan iman , kumpul ilmu , insyaAllah anda dapat menjadi raja sehari untuk setiap hari anda bersama pasangan anda nanti . 



kau tahu ku merinduimu ,
ku tahu kau menyintaiku oh kasih ,
bersabarlah sayang ,
saat indah kan menjelma jua  .

tamakkah anda ? memang tamak jika anda menginginkan lebih dari apa yang sepatutnya anda peroleh . tidak cukup lagikah Allah sudah berikan perasaan indah untuk anda dan pasangan untuk dialami bersama ? perasaan saling rindu , saling cinta , saling sayang dan saling kasih . tidak cukup lagikah ? tidak bolehkan anda bersabar sehingga saat indah itu benar benar menjelma ? bersabarlah wahai sahabat . kerana sabar anda akan membuahkan hasil yang tersangat indah . anda mahu menunjukkan dan membuktikan cinta anda ? tunggulah sehingga bernikah . kerana di situlah lahir keistimewaan sebuah ikatan pernikahan . sebuah hubungan yang mengubah perbuatan keji menjadi mulia , dosa menjadi pahala , haram menjadi halal serta murka menjadi rahmat . insyaAllah .



kita akan disatukan ,
dengan ikatan pernikahan oh kasih ,
di sana kita bina ,
tulus cinta mahligai bahgia .

subhanallah . indahnya hidup jika benarlah anda akan mendapat anugerah ikatan pernikahan untuk hubungan dengan kekasih anda . indahkanlah ciptaan Allah . yakinlah dengan ketentuan Ilahi . jodoh itu ketentuan Allah . mohonlah dengan Allah . Allah tahu yang terbaik untuk anda . istikarahlah . mohon petunjuk dengan Allah . apabila hati sudah yakin , jangan sesekali berhenti berdoa . bersabarlah . suatu hari , anda dan pasangan anda akan disatukan . suatu hari nanti , si adam akan berkata " aku terima nikahnya " . maka setelah itu , terbinalah sebuah mahligai bahagia yang setelah sekian lama menjadi idaman bersama . anda hanya perlu menekan butang ' pause ' sementara belum tiba saat indah itu . percayalah , setelah anda ' play ' dengan hubungan yang halal , anda akan lebih menghargai erti sebuah pernikahan . anda akan mendapati nikmatnya cinta itu apabila tiba saatnya .


semoga cinta kita ,
di dalam redha Ilahi ,
berdoalah selalu ,
moga jodoh berpanjangan .

sahabat , jangan berhenti berdoa dan berharap kepada Allah , Tuhan yang satu . ana juga merupakan seorang remaja , ana juga tidak dapat lari dari perasaan cinta , semoga kesabaran kita ini menjadikan kita seorang yang berjihad ke jalan Allah . berdoalah , semoga perasaan cinta yang terdapat dalam hati kita mendapat keredhaan dari Allah . bertawakallah , semoga dia benar benar jodoh kita . bersabarlah , semoga dia menjadi jodoh pertama dan terakhir kita . bersujudlah , semoga dia menjadi jodoh yang terindah buat kita , di dunia dan di syurga kelak . insyaAllah .



Thursday 2 February 2012

Ya Rasulullah .



kita gigih mencari dan meraikan cinta sesama manusia ,
tapi sering kita terlupa , 
ada cinta agung yang belum kita balas , 
kecintaan Rasulullah pada kita , ummatnya .

jangan buta menilai cinta dan sayang ,
ada cinta agung yang belum kita balas ,
maka untuk apa kita mengagungkan cinta yang tidak halal untuk kita ?

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad .



Kisah Rasulullah sebagai pengajaran ,

1) Kalau ada pakaian yang koyak , Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya . Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual .

2) Setiap kali pulang ke rumah , bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan , sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur . Sayidatina 'Aisyah menceritakan 

" Kalau Nabi berada di rumah , beliau selalu membantu urusan rumahtangga . "

3) Jika mendengar azan , baginda cepat-cepat berangkat ke masjid , dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang .



4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi . Tentulah baginda amat lapar waktu itu . Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan . Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar .
Maka Nabi bertanya , 

" Belum ada sarapan ya Khumaira ? "

 ( Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 
' Wahai yang kemerah-merahan ' )

Aisyah menjawab dengan agak serba salah ,

 " Belum ada apa-apa wahai Rasulullah . "

Rasulullah lantas berkata ,

 " Jika begitu aku puasa saja hari ini . " 

( tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya . )

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya . Rasulullah menegur , 

" Mengapa engkau memukul isterimu ? "

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar , 

" Isteriku sangat keras kepala . Sudah diberi nasihat dia tetap degil ,  jadi aku pukul dia . "

Sahut Nabi saw ,

 " Aku tidak bertanya alasanmu , aku menanyakan mengapa engkau memukul 
teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu ? "



6) Pernah baginda bersabda , 

" Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya . " 

Prihatin , sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat .

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat . Dilihat oleh para sahabat , pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali . Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain . Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang ,

" Ya Rasulullah , kami melihat seolah-olah engkau menanggung penderitaan yang amat berat , engkau sakitkah ya Rasulullah ? "

" Tidak , ya Umar . Alhamdulillah , aku sihat dan segar . "

" Ya Rasulullah , mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh , kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh engkau ? Kami yakin engkau sedang sakit ." 

Desak Umar penuh cemas .

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya . Para sahabat amat terkejut . Perut baginda yang kempis kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil buat menahan rasa lapar . Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda .

" Ya Rasulullah ! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat engkau ? " 

Lalu baginda menjawab dengan lembut , 

" Tidak para sahabatku . Aku tahu , apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu .
 Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti , apabila aku sebagai pemimpin , menjadi beban kepada umatnya ? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku ,
 agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini 
lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak . "



8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis , miskin dan kotor .

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya . Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu .

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanannya .

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain , ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan .

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda , baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari , terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi . Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah ,

 " Ya Rasulullah , bukankah engkau telah dijamin Syurga ?
 Mengapa engkau masih bersusah payah begini ? "

Jawab baginda dengan lunak ,

  " Ya 'Aisyah , bukankah aku ini hanyalah seorang hamba .
 Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur . "

Rasulullah saw bersabda ,

" SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT "