scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Thursday, 2 February 2012

Ya Rasulullah .



kita gigih mencari dan meraikan cinta sesama manusia ,
tapi sering kita terlupa , 
ada cinta agung yang belum kita balas , 
kecintaan Rasulullah pada kita , ummatnya .

jangan buta menilai cinta dan sayang ,
ada cinta agung yang belum kita balas ,
maka untuk apa kita mengagungkan cinta yang tidak halal untuk kita ?

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad .



Kisah Rasulullah sebagai pengajaran ,

1) Kalau ada pakaian yang koyak , Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya . Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual .

2) Setiap kali pulang ke rumah , bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan , sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur . Sayidatina 'Aisyah menceritakan 

" Kalau Nabi berada di rumah , beliau selalu membantu urusan rumahtangga . "

3) Jika mendengar azan , baginda cepat-cepat berangkat ke masjid , dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang .



4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi . Tentulah baginda amat lapar waktu itu . Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan . Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar .
Maka Nabi bertanya , 

" Belum ada sarapan ya Khumaira ? "

 ( Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 
' Wahai yang kemerah-merahan ' )

Aisyah menjawab dengan agak serba salah ,

 " Belum ada apa-apa wahai Rasulullah . "

Rasulullah lantas berkata ,

 " Jika begitu aku puasa saja hari ini . " 

( tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya . )

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya . Rasulullah menegur , 

" Mengapa engkau memukul isterimu ? "

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar , 

" Isteriku sangat keras kepala . Sudah diberi nasihat dia tetap degil ,  jadi aku pukul dia . "

Sahut Nabi saw ,

 " Aku tidak bertanya alasanmu , aku menanyakan mengapa engkau memukul 
teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu ? "



6) Pernah baginda bersabda , 

" Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya . " 

Prihatin , sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat .

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat . Dilihat oleh para sahabat , pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali . Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain . Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang ,

" Ya Rasulullah , kami melihat seolah-olah engkau menanggung penderitaan yang amat berat , engkau sakitkah ya Rasulullah ? "

" Tidak , ya Umar . Alhamdulillah , aku sihat dan segar . "

" Ya Rasulullah , mengapa setiap kali engkau menggerakkan tubuh , kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh engkau ? Kami yakin engkau sedang sakit ." 

Desak Umar penuh cemas .

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya . Para sahabat amat terkejut . Perut baginda yang kempis kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil buat menahan rasa lapar . Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda .

" Ya Rasulullah ! Adakah bila engkau menyatakan lapar dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat engkau ? " 

Lalu baginda menjawab dengan lembut , 

" Tidak para sahabatku . Aku tahu , apapun akan engkau korbankan demi Rasulmu .
 Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti , apabila aku sebagai pemimpin , menjadi beban kepada umatnya ? Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku ,
 agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini 
lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak . "



8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis , miskin dan kotor .

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya . Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu .

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanannya .

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain , ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan .

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda , baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari , terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak .

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi . Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah ,

 " Ya Rasulullah , bukankah engkau telah dijamin Syurga ?
 Mengapa engkau masih bersusah payah begini ? "

Jawab baginda dengan lunak ,

  " Ya 'Aisyah , bukankah aku ini hanyalah seorang hamba .
 Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur . "

Rasulullah saw bersabda ,

" SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT "


Monday, 30 January 2012

Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid .

Pernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .

Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .

Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .

Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .

Langkah pertama ialah dengan memastikan tapak yang sesuai untuk didirikan sebuah masjid . Di sini lah kontraktor , ahli kaji tanah , arkitek dan para engineer memainkan peranan . Mereka akan pastikan tahap keselamatan untuk kawasan tanah tersebut . Mereka akan pastikan kualiti tanah tersebut . Cukup mampatkah tanah itu ? Cukup suburkah tanah tersebut ? Atau jika didirikan masjid di situ akan membawa petaka kepada muslimin muslimat seandainya tanah itu terjerumus ? Atau mungkin tanah itu perlu disuburkan dahulu untuk tempoh masa tertentu bagi menjamin kualitinya ? Mereka tidak mahu masjid ini runtuh suatu hari nanti . Baiklah . Mereka di sini umpama ibu bapa kita , atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas diri kita . Merekalah yang akan melihat dan menilai tahap persediaan kita , tahap kematangan kita . Mereka jugalah yang menilai seandainya sudah tiba masa untuk kita bernikah . Mereka tidak mahu terburu buru dalam hal seperti ini kerana khuatir pernikahan yang terjalin akan musnah kerana faktor umur yang tidak sesuai .

Langkah seterusnya ialah mendirikan tiang asas . Tiang merupakan peranan utama dalam sesetiap bangunan . Untuk membina dinding , kita memerlukan tiang . Untuk menaikkan bumbung , kita juga memerlukan tiang . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan tiang dengan agama serta ilmu kita . Sudah cukupkah ilmu kita untuk bernikah ? Sudah bersediakah si suami untuk menjadi suami soleh dan si isteri untuk menjadi isteri yang solehah ? Seandainya masih ragu ragu , usahlah dibina lagi masjid itu . Kerana ia hanya akan meruntuhkan bumbung dan dinding yang terbina . Tianglah memegang tanggungjawab yang paling besar . Ini bermakna , agama dan ilmu lah memainkan peranan yang sangat penting . Tiada agama , tiada ilmu , runtuhlah hubungan tersebut .

Bumbung . Di sinilah mereka berlindung dari hujan dan panas . Bumbung dapat dikaitkan dengan jaminan untuk kehidupan dalam hubungan pernikahan . Sudah pastilah si suami perlu mempunyai jaminan kewangan untuk menanggung kehidupan berumahtangga . Dengan ini , makan pakai tempat tinggal dan keperluan asas yang lain dapat dipenuhi . Seandainya mereka mendapat zuriat , zuriat ini juga terjamin masa depan mereka . InsyaAllah .

Bagaimana pula dinding ? Cantiknya dinding itu apabila kena dengan warna catnya dan kukuh kualitinya . Maka , ramai yang akan tertarik dan pergi ke masjid tersebut . Kerana dindinglah yang menjadi perhatian utama , bukan tiang , bukan tapak juga bukan bumbung . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan dinding dengan penerimaan orang lain , persepsi orang lain . Seandainya orang tidak merestui juga membenci hubungan anda , jangan sesekali berputus asa . Jangan bersangka buruk . Sentiasalah berbaik sangka . Lihat semula , adakah cantik dinding yang kita bina ? Adakah sesuai dengan reka bentuknya ? Adakah warnanya sesuai ? Jika tidak , perbaikilah kembali keadaan masjid tersebut . Kaji semula keadaan tapak , kukuhkan lagi tiang dan carilah atap yang betul betul melindung bagi mendapat dinding yang betul betul cantik .

Seandainya masih lagi belum mampu untuk memenuhi semua keperluan ini , pendamkan dahulu hasrat mulia anda . Kuatkan dahulu diri anda , layakkan anda untuk semua ini , berusaha , berdoa dan bertawakkal lah kepada Allah . InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa dirahmatiNya .

Berimpianlah anda untuk membina sebuah masjid seperti Masjidil Haram yang teguh , tersergam indah dan tak henti henti dikunjung muslimin muslimat yang beriman , tanamkan dalam diri anda , cabar diri anda , insyaAllah anda mampu . Bersedialah dengan persediaan terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik . InsyaAllah .


Buat  renungan bersama .
Redha dan yakinlah dengan Allah .
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar .



Andai Tidak Mampu Bersatu Kerana Allah , Berpisahlah Kerana Allah .

assalamualaikum . insyaAllah ini tulisan pertama dan mungkin terakhir ana tentang diri ana , kehidupan ana . ini juga sebagai perkongsian untuk semua . yang baik jadikan teladan , yang buruk jadikan sempadan .

ana bukanlah insan sempurna , yang teguh imannya . tapi ana sedang cuba ke arah itu . insyaAllah .

ana punya kekasih . lama ana bersama dia . ana betul sayang cinta dan kasihkan dia . ana ikhlas dengan dia . subhanallah indahnya perasaan ini .

kami berkenalan seawal usia kami 18 tahun . kini kami 21 . tiga tahun kami bersama .

dulu dan kini berbeza . ana berharap sangat ana betul kuat untuk berubah . ana mahu berubah . dari meniarap , kini ana sudah merangkak . ana berharap ana dapat berjalan dan berlari selepas ini . ana mahu mendalami sedalamnya ilmu agama .

ana mula meninggalkan dunia ana dulu . ana belajar dan ana berharap ana terus tabah untuk semua ini . masyaAllah . susah . memang susah . susah untuk ana tinggalkan pakaian ana dahulu , cara ana dahulu , hobi ana dahulu , kehidupan ana dahulu . susah . kini ana belajar untuk cantik di mata Allah juga anggun di mata manusia . insyaAllah .

ana kini belajar untuk melabuhkan tudung , memakai pakaian yang betul betul menyimpan kecantikan aurat ana . ana betul betul kuatkan hati untuk berubah . ana berharap sokongan dari semua pihak . ana mengharapkan penerimaan semua orang . namun , ana masih tidak terlepas dari menerima perlian juga kritikan dari mereka yang mempermainkan perubahan ana . ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu .

berbalik kepada kisah ana dengan kekasih ana . apabila ana betul tekad kembali kepada Allah , ana menyuarakan hasrat untuk menjadi yang halal untuk dia . ana tekad , ana mahu cinta , kasih dan sayang kepada insan yang halal untuk ana .

alhamdulillah . kedua ibu bapa kami dapat menerima perhubungan kami . mereka merestui kami . tapi , masih kami terhalang untuk bersama kerana faktor usia yang masih muda .

oleh kerana kami belum mampu untuk bernikah , ana mengambil keputusan untuk bertunang demi menjaga nama juga maruah kami semua .

ana mengharapkan kami untuk bertunang . bukan bermaksud ini sebagai tiket menghalalkan hubungan kami , tapi ana sebagai seorang yang ingin membawa peribadi muslimah , ana tidak mahu kerana ana , identiti muslimah lain juga tercalar . ana tidak mahu ada desus yang mengatakan " harapkan tudung aja labuh , tapi bercinta " . ana tidak mahu perkara ini berlaku kerana ana .

ana juga mahu menjaga nama baik agama , keluarga juga nama baik kami . ana tidak mahu ada yang melihat kami dan berbisik " anak siapa tu ? " . ana tidak mahu ada yang berkata , " parents hantar belajar UIA tapi asyik aja nak bercinta " . ana tidak mahu .

hakikatnya , Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk kami . rancangan ana untuk bertunang tidak dipersetujui oleh sebahagian pihak . perit hati ini . pelbagai halangan juga rintangan yang datang . ana kini belajar erti redha .

ya Allah . berilah kekuatan untuk hambaMu ini . ana betul sayangkan dia ya Allah .

untuk menjaga nama baik agama , keluarga dan diri sendiri , ana tabahkan hati . berderai air mata . tapi demiMu ya Allah , ana rela . ana mengambil keputusan untuk tamatkan kisah percintaan kami .

banyak masalah timbul kerana ana . ana tidak mahu lagi masalah timbul kerana ana . ana tak mahu keluarga ana susah , ana tak mahu dia susah , ana tak mahu keluarga dia susah . ana mengharapkan inilah keputusan yang paling tepat untuk ana , untuk dia , untuk kami .

jauh di sudut hati ana , ana masih mengharapkan dialah jodoh ana . ana sangat cintakan dia ya Allah . kuatkanlah hati hambaMu ini ya Allah . ana sungguh cintakan dia . ana sungguh kasih dan sayangkan dia . ana redha .

ana tekad . ana mahu mendalami sedalamnya ilmu agama . ana mahu praktikkan ilmu agama . ana mahu menjadi insan yang berilmu dan beragama . andainya suatu hari nanti datang dia untuk mengambil ana sebagai isteri , tatkala itu ana sudah bersedia untuk menjadi isterinya yang sah , yang halal , dan paling penting , ana dapat menjadi isteri yang solehah kepadanya . insyaAllah . ana mahu menjadi syurganya di dunia . ana mahu menjadi ibu mithali kepada anak anak dia .

ana terlampau sayangkan dia . kerana itulah ana mahu berpisah dengan dia . ana mahu bercinta dengan dia kerana Allah . ana tidak mahu ana menjadi penyebab dia ke neraka . sungguh ana tak mahu . ana tak sanggup . ana sayangkan dia . ana berharap dengan ini , ana mampu menarik dia ke syurga .

ya Allah , jauh di sudut hati ini ana merindui dia . ana cintakan dia . ana sentiasa berdoa . andai dialah jodoh ana , kuatkanlah hati kami ya Allah .

yang mengharap rahmat Allah ,

Amni Fatnin

Sunday, 29 January 2012

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna


1) Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT , Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu .

2) Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT , lakukan apa yang kamu kehendaki .

3) Elokkan makanan kamu , pasti Allah SWT memakbulkan segala permintaan kamu .

4) Takutlah kepada Allah SWT , walau dimana kamu berada .

5) Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya .

6) Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak .


7) Takutlah kepada perkara-perkara dosa , pasti kamu akan menjadi hamba Allah SWT yang terbaik .

8) Redhalah dengan pembahagian Allah SWT , pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya .

9) Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri .

10) Jangan terlalu banyak ketawa , kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati .

11) Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak .

12) Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu .

13) Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar .



14) Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi .

15) Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah akhlak dan budi pekerti yang mulia .

16) Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan .



17) Orang yang sedikit harta , mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT .

18) Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga .

19) Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit .

20) Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid .



21) Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar .

22) Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai .

23) Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :

سبحان الله وبحمده

24) Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama .

25) Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia .

26) Sesiapa dapat menahan kemarahannya , Allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya .

27) Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu .

28) Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling mulia akhlaknya .

29) Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya .

30) Jagalah lidah kamu .



31) Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki .

32) Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu .

33) Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya .

34) Berilah berita gembira , janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang .

35) Permudahkanlah sesuatu urusan , jangan kamu memayahkan sesuatu urusan .

36) Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan .

37) Jika kamu didatangi nikmat atau harta , maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu .

38) Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian , maka muliakan mereka .


39) Jika kamu didatangi seseorang lelaki untuk meminang anak kamu , dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia .

40) Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia , Allah SWT akan mencampakkan perasaan kasih sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut .



41) Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu , maka lakukanlah kebaikan kepada mereka .

42) Jika ada orang melaga-lagakan kamu , biarkanlah dia .

Yakinlah Dengan Janji Allah .

Diceritakan pada suatu ketika yang lalu , terdapat seorang lelaki beriman yang soleh . Dia tidak disenangi oleh raja yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran . Dia ditangkap dan disumbatkan dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan .

Beberapa hari kemudian dia dilawati seorang pesuruh raja untuk meninjau keadaannya dalam penjara . Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki mukmin itu berada dalam keadaan tenang , riang dan gembira . Dia bertanya penuh kehairanan . Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit , dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi ?

Mukmin yang soleh pun menjawab :

“ Setiap hari aku mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan . Ubat itulah yang menjadikan aku seperti yang kau lihat . ”



Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya . 

“ Apakah ubat yang kau ambil dan apakah ramuannya ? ”

Mukmin soleh itu pun menjawab :

Ramuan Pertama :

  Aku yakin kepada Allah . Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku . Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untukku . Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik .


Ramuan Kedua :

 Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana . Tiada siapa dapat lari darinya . Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya . Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah , tidak merintih dan menyesalinya .


Ramuan Ketiga : 

Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah . Kejayaan dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah . Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik di dunia dan di akhirat . Dengan itu aku tidak dihimpit kerisauan dan keluh kesah .



Ramuan Keempat : 

Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih ? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedihan , kerisauan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena , makan tak selera dan ibadah tak bahagia .



Ramuan Kelima : 

Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang . Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini . Bukankah pepatah ada menyebut ‘ sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya ’ .



Ramuan Keenam : 

Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku . Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan , kefasikan atau kekufuran . Adapun musibah yang lain daripada itu , sama ada terhadap harta , anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja . Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya . Lantaran itu Rasulullah saw berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami” .



Ramuan Ketujuh : 

Dan yang akhir , sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah . Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia .”

( Ali- Imran , 140 )



Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah . Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan menifestasi rahmat keyakinan yang dianugerahkan Allah kepadanya .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia , maka tidak ada yang akan dapat menahannya . Dan apa-apa yang ditahan-Nya , maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu . Dia maha Perkasa lagi Maha Bijaksana . ”

Oleh itu untuk mendapat ciri-ciri mukmin sejati kita perlulah yakin kepada Allah , beriman sepenuhnya kepada Allah , pegangan yang mantap , kepercayaan yang utuh serta ketenangan hati yang padu terhadap keEsaan Allah , yakin sepenuhnya terhadap kekuasaan-Nya , kekuatan-Nya , keAgungan-Nya dan kebijaksanaan-Nya . Hidayah-Nya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk . Tidak ada lagi selain daripada petunjuk-Nya kecuali kesesatan . Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah , Allah akan memeliharanya . Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya , sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba . Setiap apa yang ditakdirkan oleh-Nya itulah yang terbaik . Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa tiada permusuhan kecuali keatas orang-orang yang zalim .


Thursday, 26 January 2012

Bahaya Fitnah

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah . Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah . Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya . Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah .



Firman Allah bermaksud :


“ Wahai orang yang beriman , jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita , maka selidik ( untuk menentukan ) kebenarannya , supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini , dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan . ” 

(  Surah al-Hujurat , 6 )

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya . Tetapi , disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan , banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu . Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan . Pada masa sama , perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu .



Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia . Justeru , dosa itu tidak akan diampunkan Allah , melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu . Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil . Sebab itu , perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan . Hakikatnya , dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga . Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“ Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah . ” 

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya . Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti .


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan . Bagaimanapun , apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang , maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar . Dalam Islam , sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain . Menyebarkan berita benar tetap dilarang , inikan pula menyebarkan berita tidak benar .

Rasulullah SAW bersabda bermaksud : 

“ Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah ( mengumpat ) ? " 

Sahabat menjawab : 

" Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui . " 

Lalu Baginda meneruskan sabdanya :

" Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya . " 

Lalu ditanya oleh seorang sahabat :

" Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya ? "

Rasulullah bersabda lanjut : 

“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya , jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya . ”

 ( Hadis riwayat Abu Hurairah )




Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud :

 “ Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain . ” 

(Surah al-Hujurat , 12 )


Justeru , setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah . Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Perbualan Antara Rasulullah saw Dengan Iblis

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya . Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih , sedang ditangannya memegang tongkat .

Bertanya Rasulullah s.a.w ,

 " Siapakah kamu ini ? "

Orang tua itu menjawab , 

" Aku adalah iblis . "

Rasulullah bertanya lagi ,

" Apa maksud kamu datang berjumpa aku ? "

Orang tua itu menjawab ,


" Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku . "

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya ,

 " Hai iblis , berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ? "

Iblis menjawab ,

 " Lima belas : -

1) Engkau sendiri hai Muhammad .

2) Imam dan pemimpin yang adil .

3) Orang kaya yang merendah diri .

4) Pedagang yang jujur dan amanah .

5) Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk .

6) Orang Mukmin yang memberi nasihat .

7) Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang .

8) Orang yang tetap dan cepat bertaubat .

9) Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram .

10) Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci .

11) Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma .

12) Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya .

13) Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang .

14) Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya .

15) Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur . "

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi , 

" Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ? "

Jawab iblis , 
" Sepuluh golongan : -

1) Hakim yang tidak adil .

2) Orang kaya yang sombong .

3) Pedagang yang khianat .

4) Orang pemabuk / peminum arak .

5) Orang yang memutuskan tali persaudaraan .

6) Pemilik harta riba' .

7) Pemakan harta anak yatim .

8) Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat / sering meninggalkan solat .

9) Orang yang enggan memberikan zakat / kedekut .

10) Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah .

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia . "

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis . Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia . 

Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis , kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah


Demikianlah sebaliknya , sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah .