scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Monday 30 January 2012

Nikah Itu Umpama Mendirikan Masjid .

Pernahkan anda mendengar pepatah mendirikan masjid ? Pernahkah anda mendalami maksud tersirat di sini ? Atau mungkin anda menerima ini sebagai pemanis bahasa semata mata . InsyaAllah hari ini ana ingin berkongsi pendapat tentang perumpamaan ini . Harap dibetulkan andai tersilap di mana mana .

Topik yang ana ingin kongsikan ini juga sedikit sebanyak dapat membantu anda semua tentang nikah , mendirikan masjid . Bagi sesiapa yang berkemungkinan tidak kesampaian lagi hajat mereka , ini boleh dijadikan kekuatan untuk anda semua . InsyaAllah .

Untuk membina sebuah masjid , anda perlulah ada tapaknya dahulu . Di tapak itu lah anda akan pacakkan tiang asas , membina bumbung yang melindung , menyusun batuan untuk dinding , juga mencantikkan masjid itu untuk menyenangkan lagi hati para muslimin muslimat untuk mendirikan solat .

Masih belum mendapat gambarannya ? Baiklah . Akan ana terangkan satu persatu . InsyaAllah .

Langkah pertama ialah dengan memastikan tapak yang sesuai untuk didirikan sebuah masjid . Di sini lah kontraktor , ahli kaji tanah , arkitek dan para engineer memainkan peranan . Mereka akan pastikan tahap keselamatan untuk kawasan tanah tersebut . Mereka akan pastikan kualiti tanah tersebut . Cukup mampatkah tanah itu ? Cukup suburkah tanah tersebut ? Atau jika didirikan masjid di situ akan membawa petaka kepada muslimin muslimat seandainya tanah itu terjerumus ? Atau mungkin tanah itu perlu disuburkan dahulu untuk tempoh masa tertentu bagi menjamin kualitinya ? Mereka tidak mahu masjid ini runtuh suatu hari nanti . Baiklah . Mereka di sini umpama ibu bapa kita , atau penjaga yang bertanggungjawab ke atas diri kita . Merekalah yang akan melihat dan menilai tahap persediaan kita , tahap kematangan kita . Mereka jugalah yang menilai seandainya sudah tiba masa untuk kita bernikah . Mereka tidak mahu terburu buru dalam hal seperti ini kerana khuatir pernikahan yang terjalin akan musnah kerana faktor umur yang tidak sesuai .

Langkah seterusnya ialah mendirikan tiang asas . Tiang merupakan peranan utama dalam sesetiap bangunan . Untuk membina dinding , kita memerlukan tiang . Untuk menaikkan bumbung , kita juga memerlukan tiang . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan tiang dengan agama serta ilmu kita . Sudah cukupkah ilmu kita untuk bernikah ? Sudah bersediakah si suami untuk menjadi suami soleh dan si isteri untuk menjadi isteri yang solehah ? Seandainya masih ragu ragu , usahlah dibina lagi masjid itu . Kerana ia hanya akan meruntuhkan bumbung dan dinding yang terbina . Tianglah memegang tanggungjawab yang paling besar . Ini bermakna , agama dan ilmu lah memainkan peranan yang sangat penting . Tiada agama , tiada ilmu , runtuhlah hubungan tersebut .

Bumbung . Di sinilah mereka berlindung dari hujan dan panas . Bumbung dapat dikaitkan dengan jaminan untuk kehidupan dalam hubungan pernikahan . Sudah pastilah si suami perlu mempunyai jaminan kewangan untuk menanggung kehidupan berumahtangga . Dengan ini , makan pakai tempat tinggal dan keperluan asas yang lain dapat dipenuhi . Seandainya mereka mendapat zuriat , zuriat ini juga terjamin masa depan mereka . InsyaAllah .

Bagaimana pula dinding ? Cantiknya dinding itu apabila kena dengan warna catnya dan kukuh kualitinya . Maka , ramai yang akan tertarik dan pergi ke masjid tersebut . Kerana dindinglah yang menjadi perhatian utama , bukan tiang , bukan tapak juga bukan bumbung . Baiklah . Di sini ana ingin kaitkan dinding dengan penerimaan orang lain , persepsi orang lain . Seandainya orang tidak merestui juga membenci hubungan anda , jangan sesekali berputus asa . Jangan bersangka buruk . Sentiasalah berbaik sangka . Lihat semula , adakah cantik dinding yang kita bina ? Adakah sesuai dengan reka bentuknya ? Adakah warnanya sesuai ? Jika tidak , perbaikilah kembali keadaan masjid tersebut . Kaji semula keadaan tapak , kukuhkan lagi tiang dan carilah atap yang betul betul melindung bagi mendapat dinding yang betul betul cantik .

Seandainya masih lagi belum mampu untuk memenuhi semua keperluan ini , pendamkan dahulu hasrat mulia anda . Kuatkan dahulu diri anda , layakkan anda untuk semua ini , berusaha , berdoa dan bertawakkal lah kepada Allah . InsyaAllah niat yang baik akan sentiasa dirahmatiNya .

Berimpianlah anda untuk membina sebuah masjid seperti Masjidil Haram yang teguh , tersergam indah dan tak henti henti dikunjung muslimin muslimat yang beriman , tanamkan dalam diri anda , cabar diri anda , insyaAllah anda mampu . Bersedialah dengan persediaan terbaik untuk mendapat hasil yang terbaik . InsyaAllah .


Buat  renungan bersama .
Redha dan yakinlah dengan Allah .
Allah sentiasa bersama orang orang yang sabar .



Andai Tidak Mampu Bersatu Kerana Allah , Berpisahlah Kerana Allah .

assalamualaikum . insyaAllah ini tulisan pertama dan mungkin terakhir ana tentang diri ana , kehidupan ana . ini juga sebagai perkongsian untuk semua . yang baik jadikan teladan , yang buruk jadikan sempadan .

ana bukanlah insan sempurna , yang teguh imannya . tapi ana sedang cuba ke arah itu . insyaAllah .

ana punya kekasih . lama ana bersama dia . ana betul sayang cinta dan kasihkan dia . ana ikhlas dengan dia . subhanallah indahnya perasaan ini .

kami berkenalan seawal usia kami 18 tahun . kini kami 21 . tiga tahun kami bersama .

dulu dan kini berbeza . ana berharap sangat ana betul kuat untuk berubah . ana mahu berubah . dari meniarap , kini ana sudah merangkak . ana berharap ana dapat berjalan dan berlari selepas ini . ana mahu mendalami sedalamnya ilmu agama .

ana mula meninggalkan dunia ana dulu . ana belajar dan ana berharap ana terus tabah untuk semua ini . masyaAllah . susah . memang susah . susah untuk ana tinggalkan pakaian ana dahulu , cara ana dahulu , hobi ana dahulu , kehidupan ana dahulu . susah . kini ana belajar untuk cantik di mata Allah juga anggun di mata manusia . insyaAllah .

ana kini belajar untuk melabuhkan tudung , memakai pakaian yang betul betul menyimpan kecantikan aurat ana . ana betul betul kuatkan hati untuk berubah . ana berharap sokongan dari semua pihak . ana mengharapkan penerimaan semua orang . namun , ana masih tidak terlepas dari menerima perlian juga kritikan dari mereka yang mempermainkan perubahan ana . ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu .

berbalik kepada kisah ana dengan kekasih ana . apabila ana betul tekad kembali kepada Allah , ana menyuarakan hasrat untuk menjadi yang halal untuk dia . ana tekad , ana mahu cinta , kasih dan sayang kepada insan yang halal untuk ana .

alhamdulillah . kedua ibu bapa kami dapat menerima perhubungan kami . mereka merestui kami . tapi , masih kami terhalang untuk bersama kerana faktor usia yang masih muda .

oleh kerana kami belum mampu untuk bernikah , ana mengambil keputusan untuk bertunang demi menjaga nama juga maruah kami semua .

ana mengharapkan kami untuk bertunang . bukan bermaksud ini sebagai tiket menghalalkan hubungan kami , tapi ana sebagai seorang yang ingin membawa peribadi muslimah , ana tidak mahu kerana ana , identiti muslimah lain juga tercalar . ana tidak mahu ada desus yang mengatakan " harapkan tudung aja labuh , tapi bercinta " . ana tidak mahu perkara ini berlaku kerana ana .

ana juga mahu menjaga nama baik agama , keluarga juga nama baik kami . ana tidak mahu ada yang melihat kami dan berbisik " anak siapa tu ? " . ana tidak mahu ada yang berkata , " parents hantar belajar UIA tapi asyik aja nak bercinta " . ana tidak mahu .

hakikatnya , Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk kami . rancangan ana untuk bertunang tidak dipersetujui oleh sebahagian pihak . perit hati ini . pelbagai halangan juga rintangan yang datang . ana kini belajar erti redha .

ya Allah . berilah kekuatan untuk hambaMu ini . ana betul sayangkan dia ya Allah .

untuk menjaga nama baik agama , keluarga dan diri sendiri , ana tabahkan hati . berderai air mata . tapi demiMu ya Allah , ana rela . ana mengambil keputusan untuk tamatkan kisah percintaan kami .

banyak masalah timbul kerana ana . ana tidak mahu lagi masalah timbul kerana ana . ana tak mahu keluarga ana susah , ana tak mahu dia susah , ana tak mahu keluarga dia susah . ana mengharapkan inilah keputusan yang paling tepat untuk ana , untuk dia , untuk kami .

jauh di sudut hati ana , ana masih mengharapkan dialah jodoh ana . ana sangat cintakan dia ya Allah . kuatkanlah hati hambaMu ini ya Allah . ana sungguh cintakan dia . ana sungguh kasih dan sayangkan dia . ana redha .

ana tekad . ana mahu mendalami sedalamnya ilmu agama . ana mahu praktikkan ilmu agama . ana mahu menjadi insan yang berilmu dan beragama . andainya suatu hari nanti datang dia untuk mengambil ana sebagai isteri , tatkala itu ana sudah bersedia untuk menjadi isterinya yang sah , yang halal , dan paling penting , ana dapat menjadi isteri yang solehah kepadanya . insyaAllah . ana mahu menjadi syurganya di dunia . ana mahu menjadi ibu mithali kepada anak anak dia .

ana terlampau sayangkan dia . kerana itulah ana mahu berpisah dengan dia . ana mahu bercinta dengan dia kerana Allah . ana tidak mahu ana menjadi penyebab dia ke neraka . sungguh ana tak mahu . ana tak sanggup . ana sayangkan dia . ana berharap dengan ini , ana mampu menarik dia ke syurga .

ya Allah , jauh di sudut hati ini ana merindui dia . ana cintakan dia . ana sentiasa berdoa . andai dialah jodoh ana , kuatkanlah hati kami ya Allah .

yang mengharap rahmat Allah ,

Amni Fatnin

Sunday 29 January 2012

42 Nasihat Agama Yang Amat Berguna


1) Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT , Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu .

2) Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT , lakukan apa yang kamu kehendaki .

3) Elokkan makanan kamu , pasti Allah SWT memakbulkan segala permintaan kamu .

4) Takutlah kepada Allah SWT , walau dimana kamu berada .

5) Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya .

6) Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak .


7) Takutlah kepada perkara-perkara dosa , pasti kamu akan menjadi hamba Allah SWT yang terbaik .

8) Redhalah dengan pembahagian Allah SWT , pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya .

9) Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri .

10) Jangan terlalu banyak ketawa , kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati .

11) Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak .

12) Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu .

13) Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar .



14) Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi .

15) Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah akhlak dan budi pekerti yang mulia .

16) Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan gopoh-gapah adalah ajaran daripada syaitan .



17) Orang yang sedikit harta , mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT .

18) Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga .

19) Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit .

20) Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid .



21) Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar .

22) Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai .

23) Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah :

سبحان الله وبحمده

24) Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat dalam agama .

25) Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan kepada manusia .

26) Sesiapa dapat menahan kemarahannya , Allah SWT akan menutup perkara yang memalukannya .

27) Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu .

28) Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling mulia akhlaknya .

29) Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya .

30) Jagalah lidah kamu .



31) Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki .

32) Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu .

33) Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya .

34) Berilah berita gembira , janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang .

35) Permudahkanlah sesuatu urusan , jangan kamu memayahkan sesuatu urusan .

36) Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan .

37) Jika kamu didatangi nikmat atau harta , maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas diri kamu .

38) Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian , maka muliakan mereka .


39) Jika kamu didatangi seseorang lelaki untuk meminang anak kamu , dan dia memiliki nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia .

40) Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia , Allah SWT akan mencampakkan perasaan kasih sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut .



41) Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu , maka lakukanlah kebaikan kepada mereka .

42) Jika ada orang melaga-lagakan kamu , biarkanlah dia .

Yakinlah Dengan Janji Allah .

Diceritakan pada suatu ketika yang lalu , terdapat seorang lelaki beriman yang soleh . Dia tidak disenangi oleh raja yang zalim kerana ketegasan dan keberaniannya menyuarakan kebenaran . Dia ditangkap dan disumbatkan dalam penjara dengan cara yang begitu kejam dan tidak berperikemanusiaan .

Beberapa hari kemudian dia dilawati seorang pesuruh raja untuk meninjau keadaannya dalam penjara . Alangkah terkejutnya pesuruh tersebut apabila dia mendapati lelaki mukmin itu berada dalam keadaan tenang , riang dan gembira . Dia bertanya penuh kehairanan . Apakah rahsia kebahagiaannya sedangkan dia terkurung di dalam bilik sempit , dikelilingnya dinding serta tembok yang sepi ?

Mukmin yang soleh pun menjawab :

“ Setiap hari aku mengambil ubat yang terdiri daripada tujuh ramuan . Ubat itulah yang menjadikan aku seperti yang kau lihat . ”



Pesuruh itu bertanya dengan penuh kehairanan ingin mengetahuinya . 

“ Apakah ubat yang kau ambil dan apakah ramuannya ? ”

Mukmin soleh itu pun menjawab :

Ramuan Pertama :

  Aku yakin kepada Allah . Sesungguhnya yakin kepada Allah sepenuhnya menjadi aku tenang menerima apa saja ketentuan Allah keatas diriku . Aku yakin apa yang ditentukan-Nya itu yang lebih baik untukku . Sekalipun pada zahirnya aku nampak tidak baik .


Ramuan Kedua :

 Aku yakin bahawa ketentuan Allah pasti akan terlaksana . Tiada siapa dapat lari darinya . Sesungguhnya tiada siapa yang boleh menolak ketetapan-Nya . Maka semestinyalah aku redha dengan ketetapan Allah , tidak merintih dan menyesalinya .


Ramuan Ketiga : 

Aku yakin bahawa apa yang aku hadapi hari ini merupakan ujian daripada Allah . Kejayaan dalam sesuatu ujian hanya boleh dicapai dengan bersabar serta mengharapkan ganjaran daripada Allah . Dan aku sentiasa meletakkan harapan yang tinggi bahawa Allah akan menggantikan untukku keadaan yang lebih baik di dunia dan di akhirat . Dengan itu aku tidak dihimpit kerisauan dan keluh kesah .



Ramuan Keempat : 

Aku yakin bahawa jika aku tidak sabar maka apalah gunanya aku merintih ? Pastinya rintihan hanya akan menambahkan kesedihan , kerisauan, keluh kesah yang akhirnya membawa padah tidur tak lena , makan tak selera dan ibadah tak bahagia .



Ramuan Kelima : 

Adalah tidak mustahil aku akan ditimpa bencana yang lebih teruk daripada apa yang di alami sekarang . Lantaran itu aku bersyukur kepada Allah terhadap bencana yang aku terima ini . Bukankah pepatah ada menyebut ‘ sesiapa yang melihat kesusahan orang lain akan merasa ringan kesusahan yang ditanggungnya ’ .



Ramuan Keenam : 

Musibah yang menimpa diriku bukan pada agamaku . Sesungguhnya yang sebenar-benar musibah itu ialah musibah pada agama iaitu apabila seseorang insan berada didalam kesesatan , kefasikan atau kekufuran . Adapun musibah yang lain daripada itu , sama ada terhadap harta , anak atau diri sendiri semua itu ringan sahaja . Kesannya pun hanya seketika berbanding dengan musibah pada agama serta kesesatannya . Lantaran itu Rasulullah saw berdoa maksudnya : “ Wahai Tuhanku, janganlah Engkau jadikan musibah kami ke atas agama kami” .



Ramuan Ketujuh : 

Dan yang akhir , sesungguhnya aku sedang menanti pertolongan daripada Allah . Dari satu detik ke satu detik kerana sesungguhnya semua urusan itu di tangan Allah. Berterusannya sesuatu keadaan itu adalah sebahagian daripada perkara yang mustahil .
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan demikianlah Kami tukar gantikan hari-hari itu di antara manusia .”

( Ali- Imran , 140 )



Demikian besarnya erti keyakinan kepada Allah . Sesungguhnya apa yang dianggap oleh mukmin yang soleh itu merupakan menifestasi rahmat keyakinan yang dianugerahkan Allah kepadanya .
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

“ Apa-apa rahmat yang dibukakan Allah kepada manusia , maka tidak ada yang akan dapat menahannya . Dan apa-apa yang ditahan-Nya , maka tidak ada yang akan dapat memberikannya selepas itu . Dia maha Perkasa lagi Maha Bijaksana . ”

Oleh itu untuk mendapat ciri-ciri mukmin sejati kita perlulah yakin kepada Allah , beriman sepenuhnya kepada Allah , pegangan yang mantap , kepercayaan yang utuh serta ketenangan hati yang padu terhadap keEsaan Allah , yakin sepenuhnya terhadap kekuasaan-Nya , kekuatan-Nya , keAgungan-Nya dan kebijaksanaan-Nya . Hidayah-Nya sahajalah yang sebenar-benar petunjuk . Tidak ada lagi selain daripada petunjuk-Nya kecuali kesesatan . Sesungguhnya sesiapa yang memelihara Allah , Allah akan memeliharanya . Sesiapa yang bertawakal kepada-Nya , sesungguhnya pertolongan Allah akan tiba . Setiap apa yang ditakdirkan oleh-Nya itulah yang terbaik . Semua kesudahan yang baik adalah untuk mereka yang bertakwa tiada permusuhan kecuali keatas orang-orang yang zalim .


Thursday 26 January 2012

Bahaya Fitnah

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah . Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah . Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya . Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah .



Firman Allah bermaksud :


“ Wahai orang yang beriman , jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita , maka selidik ( untuk menentukan ) kebenarannya , supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini , dengan sebab kejahilan kamu ( mengenainya ) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan . ” 

(  Surah al-Hujurat , 6 )

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya . Tetapi , disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan , banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu . Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan . Pada masa sama , perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu .



Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia . Justeru , dosa itu tidak akan diampunkan Allah , melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu . Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil . Sebab itu , perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan . Hakikatnya , dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga . Sabda Rasulullah SAW bermaksud :

“ Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah . ” 

( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya . Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti .


Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan . Bagaimanapun , apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang , maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar . Dalam Islam , sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain . Menyebarkan berita benar tetap dilarang , inikan pula menyebarkan berita tidak benar .

Rasulullah SAW bersabda bermaksud : 

“ Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah ( mengumpat ) ? " 

Sahabat menjawab : 

" Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui . " 

Lalu Baginda meneruskan sabdanya :

" Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya . " 

Lalu ditanya oleh seorang sahabat :

" Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya ? "

Rasulullah bersabda lanjut : 

“Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya , jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya . ”

 ( Hadis riwayat Abu Hurairah )




Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud :

 “ Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain . ” 

(Surah al-Hujurat , 12 )


Justeru , setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah . Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Perbualan Antara Rasulullah saw Dengan Iblis

Telah diceritakan bahawa Allah S.W.T telah menyuruh iblis datang kepada Nabi Muhammad s.a.w agar menjawab segala pertanyaan yang baginda tanyakan padanya . Pada suatu hari Iblis pun datang kepada baginda dengan menyerupai orang tua yang baik lagi bersih , sedang ditangannya memegang tongkat .

Bertanya Rasulullah s.a.w ,

 " Siapakah kamu ini ? "

Orang tua itu menjawab , 

" Aku adalah iblis . "

Rasulullah bertanya lagi ,

" Apa maksud kamu datang berjumpa aku ? "

Orang tua itu menjawab ,


" Allah menyuruhku datang kepadamu agar kau bertanyakan kepadaku . "

Baginda Rasulullah s.a.w lalu bertanya ,

 " Hai iblis , berapa banyakkah musuhmu dari kalangan umat-umatku ? "

Iblis menjawab ,

 " Lima belas : -

1) Engkau sendiri hai Muhammad .

2) Imam dan pemimpin yang adil .

3) Orang kaya yang merendah diri .

4) Pedagang yang jujur dan amanah .

5) Orang alim yang mengerjakan solat dengan khusyuk .

6) Orang Mukmin yang memberi nasihat .

7) Orang yang Mukmin yang berkasih-sayang .

8) Orang yang tetap dan cepat bertaubat .

9) Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram .

10) Orang Mukmin yang selalu dalam keadaan suci .

11) Orang Mukmin yang banyak bersedekah dan menderma .

12) Orang Mukmin yang baik budi dan akhlaknya .

13) Orang Mukmin yang bermanfaat kepada orang .

14) Orang yang hafal al-Qur'an serta selalu membacanya .

15) Orang yang berdiri melakukan solat di waktu malam sedang orang-orang lain semuanya tidur . "

Kemudian Rasulullah s.a.w bertanya lagi , 

" Berapa banyakkah temanmu di kalangan umatku ? "

Jawab iblis , 
" Sepuluh golongan : -

1) Hakim yang tidak adil .

2) Orang kaya yang sombong .

3) Pedagang yang khianat .

4) Orang pemabuk / peminum arak .

5) Orang yang memutuskan tali persaudaraan .

6) Pemilik harta riba' .

7) Pemakan harta anak yatim .

8) Orang yang selalu lengah dalam mengerjakan solat / sering meninggalkan solat .

9) Orang yang enggan memberikan zakat / kedekut .

10) Orang yang selalu berangan-angan dan khayal dengan tidak ada faedah .

Mereka semua itu adalah sahabat-sahabatku yang setia . "

Itulah di antara perbualan Nabi dan iblis . Sememangnya kita maklum bahawa sesungguhnya Iblis itu adalah musuh Allah dan manusia . 

Dari itu hendaklah kita selalu berhati-hati jangan sampai kita menjadi kawan iblis , kerana sesiapa yang menjadi kawan iblis bermakna menjadi musuh Allah


Demikianlah sebaliknya , sesiapa yang menjadi musuh iblis bererti menjadi kawan kekasih Allah .

Wednesday 25 January 2012

Manusia Berhadapan Dengan Enam Persimpangan

Abu Bakar r.a. berkata ,
 " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu ,
jiwa di sebelah kananmu ,
nafsu di sebelah kirimu ,
dunia di sebelah belakangmu dan ,
semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu . 
Sedangkan Allah di atasmu .

Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama , 
jiwa mengajakmu ke arah maksiat ,
nafsu mengajakmu memenuhi syahwat ,
dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat dan ,
anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa . 
Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya , sebagaimana firmannya yang bermaksud,

" Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya . "


Siapa yang memenuhi ajakan iblis , maka hilang agama dari dirinya . 
Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa , maka hilang darinya nilai nyawanya . 
Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya , maka hilanglah akal dari dirinya . 
Siapa yang memenuhi ajakan dunia , maka hilang akhirat dari dirinya . 
Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya , maka hilang syurga dari dirinya . 
Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T. , maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan . "



Iblis adalah musuh manusia , sementara manusia adalah sasaran iblis . Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya .

Tuesday 24 January 2012

Penyakit Pelik Muda-Mudi


Kalau kita keluar bersiar-bersiar di ibu kota , pastinya kita tidak akan terlepas dari melihat ragam anak-anak belasan tahun . Di sini saya senaraikan antara penyakit unik yang berbahaya pada anak-anak remaja sebagai panduan untuk kita semua agar menjauhinya .

1) Penyakit cintan-cintun

Memang sudah lumrah , apabila kita meningkat remaja perasaan cinta itu ada dalam diri . Tapi cinta itu satu perkara suci , cantiknya cinta itu kalau kita pelihara . Ini tidak , kita bercinta dengan pasangan kita macam comfirm je nak kahwin .


Kan indah kalau kita simpan semua itu untuk cinta kita yang sebenar . Lagi best , kalau kita bercinta dengan Allah .


2) Penyakit Attention seeker

Penyakit attention seeker ini penyakit yang parah . Ibu bapa mestilah pantau anak-anak sekiranya mereka ada penyakit ini . Remaja yang mengalami attention seeker ini selalu mahukan perhatian dari orang sekeliling . 

Ingatlah , Allah itu ada . Allah itu sentiasa sayang kita , sentiasa bagi attention kat kita .



3) Penyakit berlagak seperti ada di Bumi New York


Remaja seperti ini suka bersosial sehingga melampau-lampau batasnya . Auratnya pula MasyaAllah tidak terkata . Kemudian mereka menyambut perayaan seperti orang-orang New York dan mula copy-paste artis-artis Hollywood kegemaran mereka . Ya Allah , dekat syurga sana lagi super awesome dari New york ke Paris ke Hawaii dan sebagainya . Bidadara bidadari kat syurga tu pun lagi Fantastic dari artis-artis Hollywood .

4) Penyakit gangster

Remaja seperti ini paling senang nak kenal . Suka mencarut , tidak hormat orang , suka bergaduh , suka tunjuk samseng , suka merempit dan sebagainya seperti yang ditunjukkan dalam drama-drama melayu sekarang seperti KL Gangster , Bohsia dan sebagainya .


Sebenarnya remaja ini jenis remaja yang berguna sekiranya kita bawa dia ke jalan yang benar. Yela , mereka kan kuat , semangat kental . Mana tau , kalau ada iman teguh dalam diri dan dicampur pula dengan kekuatan mereka , bolehlah kot kita hantar mereka ke Palestin ke , atau pun biar mereka berjihad untuk Islam sehinggakan tak lama lagi wujud sebuah filem Melayu bertajuk KL MUJAHID .

5) Penyakit nak tunjuk up-to-date dan mahu glamour

Remaja seperti ini kadang-kadang mereka ini tahu tentang agama tapi mereka buat-buat tak tahu atau malas nak ambil tahu . Remaja seperti mereka ini jenis tak suka duduk rumah . Mereka ini akan melebih-lebih dalam join aktiviti-aktiviti yang terbaru seperti tarian dan sebagainya . Mereka ini juga jenis yang suka melepak di pusat membeli-belah seperti Pavilion , Sungei Wang , KLCC dan sebagainya . Kemudian mereka bangga sekiranya orang lain tahu mengenai diri mereka dan aktiviti-aktiviti sosial mereka .


 Alahai, ingatlah seglamour mana pun orang tu , nanti mati pakai juga kain kapan yang harga dia RM2.50 semeter yang sama . Kita ni sebenarnya sama je , hamba Allah . Baiklah kita jadi hamba Allah yang up-to-date . Lagi terror !

6) Penyakit terkena kejutan budaya

Remaja seperti ini paling mudah untuk dikenali . Remaja seperti ini sebenarnya adalah seorang yang baik dan sopan kemudian tiba-tiba bertukar menjadi ' nakal ' disebabkan faktor keadaan , kawan dan lain-lain . 


Cuba fikir balik dik , kalaulah setiap minggu kita bertukar dari menjadi muslim kepada menjadi muslim yang baik kemudian muslim yang super baik dan seterusnya . Mesti Allah akan sayang kita sangat-sangat .

7) Penyakit i-forgot-la-pasal-Islam .

Remaja seperti ini adalah paling kasihan sekali . Mereka ini suka berparty , bersosial , pergi ke kelab-kelab malam , minum minuman alkohol , bergelumang dengan maksiat , tidak solat , lupa cara mandi wajib , pergaulan sangat bebas dan sebagainya .


Ya Allah , cuba bayangkan kalau mak , ayah , atuk , nenek , bakal anak cucu cicit kita tengok kita . Malu tak ? Inikan pula Allah , sudahlah Allah yang cipta kita , beri kita macam-macam , kita boleh pula lupa pasal Islam dan Allah .

Semoga kita dapat menjadi Islam yang sejati !

Monday 23 January 2012

Kisah Luqman Al-Hakim Dengan Telatah Manusia

Dalam sebuah riwayat menceritakan ,

Pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar , manakala anaknya mengikut dari belakang . Melihat tingkah laku Luqman itu , setengah orang pun berkata , " Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa , sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki . " 


Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu . Melihat yang demikian , maka orang di pasar itu berkata pula , " Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu , sungguh kurang adab anak itu . "


Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu , Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya . Kemudian orang ramai pula berkata lagi , " Lihat itu dua orang menaiki seekor himar , adalah sungguh menyiksakan himar itu . " 

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang , maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu , kemudian terdengar lagi suara orang berkata , " Dua orang berjalan kaki , sedangkan himar itu tidak dikenderai . " 



Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah , Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka . Katanya ,

 " Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia . 
Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan 
melainkan kepada Allah s.w.t. sahaja . 
Barangsiapa mengenal kebenaran , 
itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu . "

Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya , katanya , 

"Wahai anakku , tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir . 
Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara , 
iaitu 
tipis keyakinannya ( iman ) tentang agamanya ,
 lemah akalnya ( mudah tertipu dan diperdayai orang ) 
dan 
hilang kemuliaan hatinya ( keperibadiannya ) , 
dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah 
orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya . "

Kisah Berani Gagal Para Tokoh Dunia

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup ? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali , malah menguasai dunia !

Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang tiada harapan !



F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai seorang yang tidak pandai menjual ! Kini , Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom !



Pengasas Disneyland , Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas ! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea .



Michael Jordan , pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah !


Thomas Edison , pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja ! Thomas Edison juga gagal lebih 1000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol !



Col Harland Sanders ( pengasas KFC ) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini .



King C Gillette ( pengasas Gillete ) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte .



Nick Vujicic , seorang pakar motivasi terkenal yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata , ' I was deeply depressed when I was eight years old ,' he said . ' I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself . '




Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya ? Sudah tentunya tidak . Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan . Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah , mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi . Apabila jatuh , mereka akan bangun semula !

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya , anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun . ”
( Hadis riwayat Imam Tirmizi )

Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya : 

“Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kerana kemaksiatan yang mereka lakukan , seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka , maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita . ”

INGAT ! Katakan pada diri ,

" Aku akan terus bangun , berdiri dan berlari , kerana aku bukan lemah ! "

p/s :
 Post kisah mereka tidak bermakna saya memuja mereka . 
Tapi saya mengagumi ketabahan mereka . 
Apapun , 
Semoga suata hari mereka mendapat hidayah untuk memeluk Islam . 

Sunday 22 January 2012

Kisah Tiga Lelaki Kejam

Tiga orang lelaki bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam .

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah , lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu . Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar .



Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya ,

“ Akulah orang yang paling kejam ” .

Tidak berpuashati , lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu , merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati .



Dan dia berkata,

“ Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku ” .

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum .

Dia menjawab,

“ Akulah yang paling kejam , aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku ” .

Perempuan itu adalah Palestin .




Lelaki pertama ialah Israel .



Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat .



Lelaki ketiga pula ialah Umat Islam yang hanya berdiam diri dan lihat .




Tahniah kepada Umat Islam ! !

Sama-samalah kita muhasabah diri .
Sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita .


Renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan . Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri .