scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Monday 6 August 2012

Tips Perkhawinan - Ustaz Azhar Idrus


1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, …
tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Monday 30 July 2012

Jodoh: Mencari atau Menunggu?

Ramai yang keliru.

Jika kita lihat pada masyarakat sekeliling kita hari ini, dapat kita simpulkan bahawa ramai yang keliru berkenaan persoalan jodoh. Sejak di bangku sekolah lagi kita dapat melihat remaja-remaja kita ramai yang sudah mula 'mencari' jodoh mereka. Untuk mencari 'kecocokan', mereka mula kenal-mengenal. Surat-surat cinta, sms, dan berbagai cara lagi mereka gunakan untuk memastikan adakah si dia itu 'jodohku'?

Kemudian, gejala ini berlaku dengan semakin rancak apabila pelajar-pelajar mula masuk di universiti-universiti. Ramai yang tidak mahu kelepasan dalam 'berusaha' untuk jodoh mereka. Dengan kemudahan IT yang lebih canggih, sms, chatting, e-mail, dan facebook digunakan untuk mencari pasangan idaman mereka. Kemudiannya, ramai yang terjebak dengan gejala 'couple'.

Mereka hangat bercinta.

Namun, menurut apa yang saya lihat sendiri di hadapan mata ramai yang akhirnya 'clash' ataupun istilah lainnya 'break-up'. Yang berkekalan mungkin ada, namun bilangannya tidak banyak. Bahkan, tidak kurang juga mereka yang telah berkali-kali tukar pasangan, namun tetap jodoh mereka tidak diketemukan.

Janji-janji setia di waktu kehangatannya cinta, kebanyakannya hanya tinggal kata-kata yang menyakiti jiwa.

Namun, mengapa semua ini berlaku?

Usaha telah kita letakkan, namun mengapa masih si dia yang bernama jodoh tidak hadir-hadir dalam hidup kita? Atau apakah selama ini kita silap dalam berusaha?

Jodoh – suatu ketentuan?

Sebelum saya heret permasalahan ini dengan lebih mendalam, suka saya sentuh dasar topik ini yakni perihal jodoh.

Jodoh, adakah ia suatu ketentuan?

"... Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." - [Surah Ath-Thalaq, 65: 3]

Benar. Jodoh itu merupakan salah satu ketentuan dari Allah. Malah, bagi orang Islam, meyakini Qadha' dan Qadar yang ditentukanNya merupakan suatu kewajipan. Beriman kepada Qadha' dan Qadar, merupakan salah satu dari rukun iman. Yakni bererti, tidak beriman kepadanya akan membawa kepada iman yang tidak sempurna.

Sebagaimana dalam sebuah hadis mahsyur berkenaan rukun Iman (saya hanya memetik sebahagian darinya),

Malaikat jibril yang pada ketika itu menyerupai seorang lelaki berkata,

"Kemudian beritahukanlah padaku tentang Iman."
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Iaitu hendaklah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari penghabisan - kiamat - dan hendaklah engkau beriman pula kepada takdir (Qadha' dan Qadar), yang baik ataupun yang buruk, semuanya dari Allah jua." - [HR. Muslim]

Maka di sini perlu kita lihat bahawa soal jodoh dan pertemuan ini semuanya berada terletak pada ketentuan Allah. Tiada sesuatupun yang akan berlaku, melainkan dengan izinNya.

Berbalik pada persoalan awal kita, maka perlukah kita berusaha untuknya?

Usaha yang sebenarnya.

Sudah menjadi sunnatullah (hukum alam, berdasarkan ketetapan Allah), bahawa dalam mendapatkan apa-apa sahaja di dalam dunia ini, kita perlu kepada sesuatu yang kita panggil 'usaha'.

Baik. Bagaimana untuk kita berusaha dalam soal jodoh ini? Adakah sejak sekarang, kita seharusnya sudah mula berusaha mencari?

Saya sependapat dengan Ustaz Hasrizal.

Dalam persoalan usaha ini, pertamanya, ada baiknya kita ukur kain di badan sendiri dahulu. Jika dalam masa terdekat kita tahu yang kita belum bersedia untuk melangsungkan pernikahan (atas apa-apa sebab sekalipun), maka 'usaha mencari @ menawan' itu masih tidak perlu. Masa terdekat itu kita boleh ambil dalam lingkungan setahun.

Ya, tidak perlu. Mengapa?

Kerana apabila kita sudah mula mencari, dalam keadaan diri langsung amat jauh dari persediaan untuk menikah itu sendiri, maka, banyak masalah bakal timbul. Percaya?

Setelah berkenal-kenalan, dan saling meminati mungkin, sudah menjadi lumrah kedua-dua insan itu pasti mahu mengikat diri mereka dengan 'pasangannya itu', dengan suatu ikatan atau perhubungan. Melalui ikatan itu mereka akan rasa saling memiliki dan punya masa depan bersama.

Namun, cuba katakan, apakah masih ada ikatan yang sah (halal) yang dapat ada antara dua orang bukan mahram, selain dari ikatan pernikahan?

Tiada.

Yang ada mungkin persaudaraan dalam Islam. Dan, itu tidak mengubah apa-apa, kerana ia tidak pula menghalalkan mereka untuk saling berhubungan. Lalu, akhirnya kita dapat melihat ramai di antara mereka yang ber'couple' dan mengadakan janji setia untuk mengikat perhubungan mereka. Dan tempoh masa yang masih panjang (dari masa pernikahan) tadi akan menarik mereka untuk membuat perkara-perkara lain pula.

Zina hati jangan di cerita. Zina tangan (persentuhan) dan zina-zina lain juga dengan mudah dapat dilakukan apabila diri sudah tidak mampu lagi menahan syahwat.

"Mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia." - [HR Bukhari dan Muslim]

Malah akhirnya, berdasarkan pemerhatian saya sendiri, tidak ramai di antara mereka yang dapat mempertahankan hubungan mereka. Perpisahan terjadi.

Itulah hasilnya apabila perhubungan yang diadakan hanya dilandaskan atas suka sama suka, tetapi tidak hadir bersamanya tanggungjawab. Dan kesilapan kita juga, yang kadang meletakkan ketepi kuasa Allah dalam persoalan jodoh. Na'udzubillahimindzalik.

Dan wahai hati-hati yang suci.. Jikalaupun ikatan yang dibina itu mampu berkekalan sekalipun, namun, apakah yang masih kita mahu berharap padaNya, jika usaha yang diletakkan pun tidak menepati kehendak syarak atau lebih jelasnya, bertentangan dengan kehendak Allah?

Justeru, di sini suka saya tekankan sekali lagi.

Jika kita tahu bahawa kita belum lagi merancang untuk memasuki gerbang pernikahan dalam tempoh terdekat ini, justeru, tidak perlulah pada usaha 'mencari jodoh'.

Dikhuatiri, usaha itu hanya bakal mengundang perkara buruk kepada rumah tangga kita kelak.

Jodoh itu dalam ketentuanNya, maka, jika kita mahu berusaha pun, mengapa kita perlu mengambil usaha-usaha yang tidak Dia suka? Bukankah akhirnya, Dia juga yang menentukan segala?

Jika sudah mampu?

Seperti yang saya katakan bagi mereka yang sudah merancang untuk melakukan pernikahan dalam masa terdekat, tidak salah untuk mereka mula 'berusaha untuk mencari' bakal pasangan mereka. Dan semestinya dalam tempoh ini, batas-batas pergaulan tetap perlu dijaga.

Sebaik-baiknya, kita ikuti sunnah. Baik di pihak lelaki maupun perempuan. Yakni jika sudah ada yang berkenan, gunakan orang tengah untuk mengenali latar belakang mereka, dan juga memanjangkan hasrat.

Dan jika merasakan tempoh untuk berkenal-kenalan itu diperlukan, maka ambillah jalan untuk bertunang. Walau tetap, ia tidak menghalalkan apa-apa, namun ia adalah ruang terbaik untuk mereka saling berkenal-kenalan sebelum bernikah.

Usaha yang perlu digerakkan - Men'jadi' & Mempersiapkan diri.

Ok. Kalau kita ini agak-agaknya lambat lagi mahu bernikah, maka adakah ini bererti kita tidak perlu berusaha apa-apa?

Tidak juga sebenarnya. Usaha itu masih tetap ada.. tetapi dalam bentuk lain la. Usaha yang perlu kita letakkan itu adalah lebih kepada 'MENJADI" daripada 'MENCARI'.

Ya. Kita pasti mahukan mereka yang soleh/ah untuk menjadi pasangan kita. Itu telah menjadi lumrah. Oleh itu, dalam kita mahu mendapatkan yang soleh, kita perlu JADI soleh terlebih dahulu. kan?

Iya. Kerana sesungguhnya, Allah akan menyediakan pasangan buat kita, sesuai dengan tahap keimanan diri kita juga.

Sebagaimana firmanNya dalam surah An-Nur, ayat ke-26,

"Perempuan-perempuan yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (surga)." - [Surah An-Nur, 24: 26]

Makanya, mahukan pasangan yang baik, usahanya, menjadi baik terlebih dahulu. Ini lebih utama. Allah yang menetapkan jodoh kita, maka kita perlu yakin, inilah cara yang sebaik-baiknya.

Jika kita hanya limitkan definisi usaha kita hanya pada mencari, maka pada saya, kita sudah silap besar.

Mungkin... pasangan kita itu 'tampak' soleh, tetapi tetap, kita akan dapat pasangan sesuai dengan tahap iman kita juga. Baik akan dapat baik, inshaAllah. Jahat dapat jahat.

Kalau jalan yang diambil pun kurang bertepatan dengan syarak, maka tak perlulah kita nak mengharapkan sangat yang baik dan sentiasa menjaga diri. Dan pada saya, usaha lain juga, yang tidak kurang utamanya, adalah mempersiapkan diri untuk menghadapi pernikahan.

Mengapa? Kerana membina masjid hakikatnya bukan takat sehari dua. Tidak cukup. Cuma, jika kita mahukan masjid yang bertahan sehari dua juga mungkinlah. Oleh itu, persediaan dari sudut mental dan ilmu itu amat-amatlah perlu sejak sekarang lagi.

Sebagai lelaki, kita perlu melatih diri kita agar mampu memimpin, mampu hidup berdikari. Dan sudah tentu kemudiannya mampu menjadi qudwah atau contoh tauladan yang baik buat keluarga.

Sebagai wanita pula, persiapkanlah diri kalian dengan ilmu. Harapannya, dengan tarbiyyah (didik) dari tangan-tangan kalian, anak-anak itulah yang bakal menjadi pejuang-pejuang Islam suatu hari nanti, inshaAllah. Kalian perlu sedar, bahawa kalianlah pentarbiyyah utama generasi masa hadapan. Masa depan umat, hakikatnya, terletak di tangan-tangan kalian.

Dan tanggungjawab sebesar itu, seharusnya disertai dengan persiapan yang tidak kurang besarnya juga. Latihan-latihan dan persiapan diri ini... mampukah dilakukan hanya sehari dua, atau cukupkah hanya sebulan sebelum pernikahan?

Sudah tentu tidak. Maka ayuh, kita mula mempersiapkan diri kita mulai hari ini juga.

Jika redha Allah yang dicari.

Justeru, suka saya katakan, jika petunjuk Allah yang kita cari, jika redha Allah yang kita mahukan dalam rumah tangga kita nanti, maka berusahalah... dengan usaha yang sesuai dengan apa yang Allah izinkan.

Jika kita sibuk menggauli perempuan sana, perempuan sini, lelaki sana, lelaki sini, sedangkan, jodoh kita masih belum kita ketahui siapa, maka, pada pendapat peribadi saya, kita juga seakan-akan sudah berkhianat kepada bakal jodoh kita nanti. Benarkah? Ya, kerana kemesraan dan sebagainya itu, bukankah hanya layak untuk pasangan halal kita sahaja? Dan di pihak kita pun, kalau boleh, sudah tentu kita juga mahukan mereka yang soleh dan masih terperlihara juga bukan?

Kerana.. sudah menjadi lumrah manusia, akan lebih tertarik pada sesuatu yang terpelihara dan terjaga.

Dan sudah tentu, apa yang menjadi lebih besar lagi, adalah kerana kita seakan-akan menidakkan kuasa Allah ta'ala. Na'udzubillahimindzalik. Terkadang, kita lebih 'beriman' (percaya) kepada usaha kita, berbanding iman (kepercayaan) kita terhadap Qadha' dan Qadar yang ditentukan Allah.

Ya. Manusia itu digalakkan berusaha. Namun, usaha-usaha yang mengundang murkaNya, apakah itu akan dikiraNya sebagai usaha yang baik dalam isu jodoh ini? Jika kita mahukan pasangan yang tidak soleh, mungkin.. ia masih dapat dikira sebagai usaha.

Namun, bukan itu yang kita mahukan bukan?

Di sini, kita perlu yakin bahawa hakikatnya, setiap apa-apa yang berlaku itu, berada dalam kekuasaanNya.

Gejala zina, buang anak dan sebagainya pada hari ini, atas kefahaman dan kepercayaan yang silap dalam hal ini juga.

Justeru, ayuh kita kembali meletakkan Al-Qur'an dan sunnah sebagai teras dalam hidup masyarakat kita.

Yakinlah, jalan yang Allah tentukan ini, bukan untuk menidakkan fitrah kita. Tidak. Sebaliknya, Allah mahu memeliharanya. Ianya, demi kebaikan kita juga.

Wahai hati-hati yang suci. . .

Katakanlah,

'Jika petunjukNya telah sampai, masihkah aku mahu menidakkannya?'

" ... Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." -[Surah Ath-Thalaq, 65: 2-3]

*Artikel ini ana copy paste dari website iluvislam.com. Semoga menjadi panduan bersama. InsyaAllah.




Saturday 21 July 2012

5 Racun Berbisa Yang Pasti Ada Penawarnya

Dunia itu racun,
Zuhud itu ubatnya.

Harta itu racun,
Zakat itu ubatnya.

Kata-kata yang sia-sia itu racun,
Zikir itu ubatnya.

Seluruh umur itu racun,
Taat itu ubatnya.

Seluruh tahun itu racun,
Ramadhan itu ubatnya.


Saturday 31 March 2012

Sejarah April Fool Day

insyaAllah ana ingin berkongsi artikel yang menarik . sejauh mana kebenarannya , ana tidak pasti . tetapi sebagai langkah berjaga jaga , lebih bagus elak dari menyambut perayaan agama lain kan ?

Sejarah April Mop.

Perayaan April Mop yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan . April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H . sebelum sampai pada tragedi tersebut , ada baiknya kita melihat sedikit sejarah Sepanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam .

sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad , Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur . pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol , namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis . Perancis Selatan dengan mudah dapat dibebaskan . Kota Carcassone , Nimes , Bordeaux , Lyon , Poitou , Tours , dan sebagainya jatuh . Walau sangat kuat , pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa pergunungan .

Islam telah menerangi Sepanyol . kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati , maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam . Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam , namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islamik . mereka tidak hanya membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an . mereka selalu berkata tidak untuk musik , bir , pergaulan bebas , dan segala hal yang dilarang Islam . keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya .

selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol , namun mereka selalu gagal . mereka telah beberapa kali mencuba tapi tidak berhasil . maka dikirimlah sejumlah mata-mata untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol . akhirnya mata-mata itu berjaya mendapatkan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol , yakni sebagai langkah pertama , harus melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya .

maka bermulalah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok ke dalam wilayah Sepanyol . musik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Qur’an . mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu yang kerjanya meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol . lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil .

akhirnya Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib . penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan . tidak hanya pasukan Islam yang dibantai , juga wanita , anak-anak kecil , orang-orang tua , semuanya dibantai dengan sadis .

satu persatu daerah di Sepanyol jatuh , Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki . penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( juga disebut orang Moor ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri . tentara-tentara Kristian berterusan mengejar mereka .

ketika jalan-jalan sudah sepi , bersisakan ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan linangan darah , tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah . dengan lantang tentara Salib itu memberi pengumuman bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan belayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka . “ kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami sediakan di pelabuhan . kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol , setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan ! ” demikian pujuk tentara Salib .

orang-orang Islam masih ragu-ragu dengan tawaran ini . beberapa dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan . setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan , maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut . mereka pun bersiap untuk belayar .

keesokan harinya , ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan . beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentara Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya . setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan , dengan cepat tentara Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya . Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentara Salib itu membakari rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya .

ribuan umat Islam yang ditahan di pelabuhan hanya terkedu ketika tentara Salib juga membakari kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Spanyol . kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam . ribuan umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa kerana mereka sama sekali tidak mempunyai senjata . mereka juga kebanyakan terdiri daripada para perempuan dan anak-anak yang masih kecil sedangkan tentera Salib itu telah mengepung mereka dengan pedang terhunus .

dengan satu teriakan dari pemimpinnya , ribuan tentara Salib itu segera membantai dan menghabisi umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan . jerit tangisan dan takbir membahana . dengan ganas tentera Salib terus membunuh mereka yang sama sekali tidak berdaya .

seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu dibunuh dengan kejam . darah bergenang di mana-mana . laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman . tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April . inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop ( The Aprils Fool Day ) .

sejauh mana kesahihan kisah ini , ana tidak pasti .
yang pasti , sambutan ini tidak sesuai untuk umat Islam .
wallahualam .

7 Perkara yang Wajib Kita Ingati

Abu Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata : 

" saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu : "

saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka 


saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawah dan tidak melihat pada orang-orang yang diatas

saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan

saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca : Laa haula walaa quwwata illa billahi ,
 kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya

saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia

saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t.dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek

saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat

Friday 30 March 2012

Siapa Wanita Cantik ?

wanita cantik ialah

MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya . sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya . insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya .

TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak . jika benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar . kenapa ? kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya . alangkah indahnya kalau kita turut berkelakuan sedemikian rupa .

TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis . dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya . tambahan pula dia yakin akan pertolongan Allah yang Maha Esa akan datang kepadanya . dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut .

TABAH DI SAAT TERHINA



setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNya dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia . tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukanlah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang . ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab Yang Maha Berkuasa .

MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita . lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu . namun bagi seorang wanita yang cantik itu , kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya . kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah . subhanallah .

MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan . kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus . malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari Allah . dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah .

BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada Allah Yang Maha Esa . dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang . wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayangi . suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada Allah swt .

Wednesday 28 March 2012

5K - " Menuju Alam Perkahwinan "



masalah memilih bakal pasangan hidup , perlu diberi perhatian diawal perkenalan dengan pasangan masing masing . Islam sangat bersifat selektif . sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangka masa yang cukup untuk mengenali pasangan . 



Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan . konsep lima `K‘ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu Kenal , Kelas , Kufu , Kasih dan akhir sekali Kahwin .




KENAL .

kita disuruh kenal / ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal semata-mata . erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya . untuk kenal orangnya , hati budinya , pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya .

terdapat kisah seorang sahabat Nabi saw , Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi .

“ apakah kamu kenal lelaki ini ?

“ ya , saya kenal , ”

“ pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir ? ” 

" tidak pernah . "

pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia ? pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan , siapa keluarga dan kawan-kawannya ? ” 

itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya . risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya .

pada dasarnya , kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya .

adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak berbohong . apabila sudah saling mengenali , tolak ansur dapat dibuat dalam apa juga perkara .



KELAS .

kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya . kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama , berjanggut dan berserban sahaja . kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan .

mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam , sentiasa alert , sanggup menerima teguran dan memberi teguran dan saling bersifat membina untuk menjaga akhlak dalam Islam .



KUFU .
kufu amat diberatkan , dari segi pendirian , pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang . jika terdapat keturunan golongan atasan , wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam . begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin , susah untuk seiring dengan keturunan kaya . bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur .

memang betul , soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna . dan tidak seperti kita yang serba cetek . malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga .


 

KASIH .
kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin .

merujuk kepada sebuah hadis : -

“ tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan ”

andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita , perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam .

Rasulullah memberitahu : -

“ pergi lihat dahulu wanita itu , kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu” 

kalau tak berkenan , jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok . kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga .

Hadis Nabi ada menyatakan : -

“ Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN 
ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan ,
Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN ,
 Allah menjanjikan kemiskinan .
Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN ,
 Allah akan menghina keturunannya dan
 Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim , 
Allah akan memberkati kedua duanya . ”

keberkatan memang dititik beratkan . apabila nawaitu / niat kita dipasakkan dengan betul . InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi . setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham .



REDHA .

redha terhadap pasangan masing masing adalah penting . 

Rasulullah sering bertanya ,
" apakah kamu redha dengan pasangan ini ? " 

kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan . tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita redha dengan pasangan bermakna kita redha dengan kekurangan mereka .



T