scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Sunday 19 February 2012

Permata Hati Ibu , Izinkan Ibu Bercerita Denganmu.

pernahkah anda mendengar tentang hebatnya ganjaran menjadi seorang ibu ? berjihad di jalan Allah , dihapuskan dosanya , didoakan para malaikat dan pelbagai lagi . subhanallah . besar kan ganjaran buat mereka ? namun , pernahkah anda fikir mengapa mereka mendapat ganjaran setinggi itu ? malah mereka mendapat pengiktirafan sebagai seorang yang berjihad di jalan Allah . bukan calang calang orang yang boleh meraih pengiktirafan itu melainkan benar benar jiwanya berserah kepada Allah swt . baiklah , insyaAllah hari ini ana akan cuba untuk memberikan sebab kenapa mereka mendapat ganjaran sedemikian . semoga dengan ini , kita akan lebih menyayangi ibu kita . insyaAllah .

apabila seorang ibu mengandung , maka beristighfarlah para malaikat untuknya . Allah swt . mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan .

" kini genap 2 tahun ibu  bernikah dengan papa . sudah lama kami menanti kehadiranmu wahai anakku . sehingga akhirnya , kami tidak lagi mahu mengharapkan sesuatu yang tidak pasti . ibu ke kerja , ibu pulang kerja , dan begitulah setiap hari yang berlaku dalam hidup ibu . kini ibu semakin lemah , ibu mudah penat . sehinggalah suatu hari , ibu jatuh pengsan di tempat kerja . sedar sahaja , ibu di katil hospital bertemankan papa disisi ibu . papa tersenyum menitiskan air mata kesyukuran . sayang , kini kami sedar tentang kewujudanmu ! ketika itu hanya Allah yang tahu perasaan ibu . ibu terkejut , bahagia , gembira , takut , dan perasaan ibu untuk bertemu cahaya sulung ibu tatkala itu membuak buak sayang . tapi kan sayang , izinkan ibu bertanya perasaan sayang kini , jika ibu menghubungi untuk bertemumu sayang , adakah kamu juga mengalami perasaan yang sama ? atau kamu langsung tidak mahu bertemu dengan ibu ?

sayang , selera makan ibu mula berkurangan . ibu mual mual . ibu makan , ibu akan muntah . pada awalnya , ibu tidak selesa dengan keadaan ini , tapi lama kelamaan , ia seperti menjadi aktiviti harian ibu . tidak kira di mana , tanpa dapat disekat . pernah suatu masa ketika dalam mesyuarat bersama boss serta mereka dari syarikat lain , ibu bersendawa . tapi ketika itu , ibu langsung tidak malu sayang . malah ibu mampu berkata , pembawaan anak . tapi sayang , sekiranya ibu bersendawa begitu di hadapan sahabat sahabat sayang , adakah sayang mampu bersuara mengatakan ibu seorang tua yang sudah uzur ?

sayang , muntah ibu semakin teruk . buah mempelam sudah tidak mampu lagi menahan mual ibu . akhirnya , ibu dimasukkan ke wad . ibu kekurangan air . alhamdulillah ilmu yang dipelajari seorang doktor itu mampu menangani masalah ibu . 

kini kamu sudah semakin membesar . selera makan ibu semakin bertambah sayang . macam macam yang ibu inginkan . pernah satu malam , ibu menangis keanakan kerana tidak dapat meniknati mee bandung . mujurlah papa seorang yang sangat penyabar . pelik . sungguh pelik . ibu mempunyai tabiat yang sangat pelik ketika ibu mengandungkanmu sayang . ibu sangat suka mengunyah batang pencungkil gigi . itulah chew gum yang paling lazat pernah ibu makan . sungguh dashyat pembawaanmu kepada ibu sayang . tapi sayang , seandainya kini ibu meminta semangkuk mee bandung darimu , adakah kamu akan sediakan untuk ibu ? sekiranya tidak mampu disediakan , adakah kamu akan merasa sedih ? atau mungkinkah kamu marahkan ibu dengan mengatakan ibu seorang yang mengada ngada ?

seronok . kini perut ibu semakin membesar . ibu ke klinik bersama papa untuk pastikan keadaanmu sayang .   kata papa , dia tak mahu ibu menanti berjam jam di klinik kerajaan kerana dia tahu ibu sudah tidak mampu duduk dalam tempoh yang lama . jadi kami menuju ke klinik swasta . banyak penjimatan kami lakukan untukmu sayang . selesai ibu melakukan pemeriksaan , ibu keluar dipimpin papa . papa minta untuk melihat rekod kesihatan . kemudian , papa dengan selamba berkata ' ratu abang ni dah gemuk ya ' , serentak selepas itu , kamu menendang perut ibu . baiklah kamu pun bersetuju dengan papa ya ? dengan perut yang besar , ibu tidak mampu berjalan laju . mahu merasainya ? cubalah ikat buah tembikai dan berjalanlah kamu ke mana mana selama sehari . tapi untukmu sayang , ibu gagahkan ! ibu perlu pastikan jalan benar benar tidak berkenderaan untuk melintas . ibu tidak boleh berlari dalam keadaan ini sayang atau jika ibu tetap berlari , keadaan ibu tidak ubah seperti seekor penguin . ibu berjalan perlahan keranamu sayang . tapi sayang , sekiranya suatu hari nanti kamu berjalan bersama ibu , sanggupkah kamu meminpin ibu yang ketika itu sudah lemah dan tidak mampu lagi untuk berjalan ?

sayang . maafkan ibu . kerana kecuaian ibu tersilap dalam memilih makanan , kamu menerima padah . 3 hari kita berada di wad sayang . mungkin kerana khuatir kuman akan menjangkitimu , setiap 4 jam ibu disuntik . setiap suntikan yang ibu terima , ibu dapat merasakan pengalirannya dalam setiap urat dalam badan ibu . sayang , itulah suntikan yang paling sakit pernah ibu alami . demi kebaikanmu sayang , ibu sanggup ! tapi sayang , sanggupkah kamu membuat pengorbanan untuk kebaikan ibu ? atau bagimu , tiada satupun kebaikan dalam diri ibu ?

sayang , badan ibu sering sakit . di waktu siang , ibu menanti waktu malam untuk rehat dari sakitnya pinggang , belakang dan pinggul ibu akibat jalan dan duduk . tapi sayang , waktu malam ibu lain pula ceritanya . ia tidak lagi seperti dahulu . susah untuk ibu lena . mengiring ke kiri tidak selesa , mengiring ke kanan pun tidak , terlentang lagi lah tidak sayang . cuba sahajalah meletakkan guni seberat 2 kilo di atas perutmu , dan cubalah untuk tidur sayang . aktif sungguh kamu sayang . kamu suka menendang perut ibu . setiap malam perlu ibu usap usap kamu untuk mengurangkan kenakalanmu . banyak bantal yang digunakan untuk menjadi alasmu sayang . semoga dengan itu , kamu benar benar selesa . sekiranya ibu terjumpa posisi yang selesa untukmu , maka begitulah keadaan ibu tidur sehingga keesokan harinya sayang . sama ada lenguh ataupun tidak , ibu tidak pedulikannya . yang penting , anak dalam kandungan ibu dalam keadaan yang baik . tapi sayang , seandainya suatu hari nanti ibu sudah daif , adakah kamu mahu membantu dan berkorban untuk ibu ?

sayang , harimu semakin hampir . ibu semakin tidak sabar untuk bertemu denganmu sayang . papa juga begitu . berbekalkan simpanan yang kami ada , ibu dan papa bershopping untukmu sayang . banyak yang kami beli . kata orang , bayi akan memerlukan lampin pakai buang sebanyak 5 hingga 6 keping . bayangkanlah sayang kos untuk lampinmu sahaja . kemudian , kami menuju pula ke bahagian mandian . ibu dan papa mengambil masa untuk memastikan belian alat mandimu merupakan yang paling berkualiti . begitu juga dengan susumu sayang . persiapan tidurmu , pakaianmu , semuanya kami sediakan yang terbaik . dengan ini kami mengharapkan kamu akan mendapat yang paling sempurna ketika hadir dalam mahligai ibu dan papa . tapi sayang , mungkinkah sayang akan menyediakan yang sama untuk kami kelak ?

selesai menunaikan solat subuh , air ketumban mula membasahi . ibu terkejut kerana di saat itu ibu tidak merasakan kesakitan . ibu segera memanggil papa , kemudian ibu mencapai hijab untuk menutup aurat ibu . papa pula kelihatan begitu takut ketika mengambil beg serta segala barang keperluan untuk kita . kami kemudiannya tiba di hospital . sungguh sayang , sakit itu hanya Allah yang tahu . tatkala itu , semua urat darah timbul menggantikan kulit wajah . mata yang biasanya putih menjadi merah . sayang , ibu gagahkan juga untukmu . sayang , sungguh ibu tak nak kamu lemas . sungguh , ibu nak kamu lahir dengan selamat . sayang , saintis mengatakan bahawa badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del . tetapi semasa bersalin , ibu mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak . sakit sayang . sungguh sakit . ibu mengalami sakit ini selama berjam jam sayang . tapi alhamdulillah , ganjaran berjihad pada jalan Allah kini berjaya ibu peroleh . kamu pula menambahkan lagi ganjaran dengan kelahiran yang sempurna , yang mampu memberi cahaya kegembiraan di hati ibu dan papa .

sayang . kini kamu lahir ke dunia . kini kamu sudah dewasa . kini kamu sudah pandai berkata kata . ketika kamu kecil dulu , ibu sering menciummu sayang . ketika kamu dewasa , mengapa tidak kamu mengucup pipi ibu ? ketika kamu kecil dahulu , ibu selalu memelukmu , menyokongmu . tapi kenapa kini kamu tidak sudi untuk memeluk wanita yang telah mengandungkan kamu dengan segala kesusahan dan melahirkan kamu dengan segala kesakitan yang ada ? sayang , dulu ibu selalu menyuruh perkara yang baik , dan kamu mendengar ibu . tapi kenapa kini kamu marah kepada ibu ketika ibu melarangmu berbuat kejahatan ? sayang , dengan segala khudrat yang ibu ada , ibu berjaya melahirkanmu . tapi kenapa dengan segala khudrat yang kamu ada , kamu tidak berusaha untuk berjaya ? sayang , ibu bangga sekiranya kamu menjadi seorang yang berjaya . kejayaanmu akan ibu canang kepada seluruh kenalan . tapi kegagalanmu membuatkan ibu lari dari setiap kenalan ibu . ibu tidak mampu untuk mendongak memandang wajah mereka . "

masyaAllah . sungguh besar pengorbanan ibu . maafkan ana . ana hanya mampu membuat coretan untuk selama tempoh ibu mengandungkan kita 9 bulan . insyaAllah ana akan cuba lagi untuk menulis yang lain . ingatlah wahai anak anak , apa yang kita baca hari ini masih tidak mampu menandingi hakikat sebenar keperitan ibu kita . sahabatku sayang , gembirakanlah hati mereka . balaslah jasa mereka . sentiasalah berdoa untuk mereka . dan pada ketika kita berdoa untuk mereka , bayangkanlah wajah mereka , semoga dengan ini kita semakin menghargai mereka . insyaAllah .





3 comments:

  1. Assalamualaikum, sememangnya, memang besar pengorbanan seorang ibu. Lagi2, sebagai seorang medical stdent, saya belajar pasal hal-hal ini,sehingga untuk ini sahaja, ada bab khas untuk ibu2 yang mengandung dan yang akan melahirkan. kagum dan gerun dengan mempelajari sebanyak mana sakit dan perit yang dihadapi ibu kita dalam membawa kita ke dunia ini. tp sentiasa saya tertanya, adakah saya seorang anak yang baik yang telah membalas jasa ibu saya telah bertarung nyawa melahirkan saya lagi2 saya yang sulung, antara yang sering dinanti2kan. banyak yang saya lihat langsung tidak mengambil berat tentang ibu mereka, bila nak duit baru telepon, bila senang lupa. mereka x sedar betapa untungnya mereka merasa kasih sayang ibu bapa mereka, cuba pergi ke rumah anak2 yatim, di sini, indonesia, saya terlibat dengan kerja amal di salah sebuah rumah anak yatim di sini, dan mereka mempersembahkan nasyid mengenai ibu yang mereka buat sendiri, sebak sehingga menitis air mata saya sekali dengan mereka, mengingatkan betapa untungnya saya dalam dunia ini..

    sekadar renungan sahaja, nice article.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq . kalau boleh share la pengalaman yang ada sbg student medical tu . nak tau sangat ! =)

      Delete
  2. Ha3.... pengalaman masih lagi ditimba. cuma yang ada sekarang ni hanya lah ilmu yang dituntut untuk digunakan x lama lagi. Gerun pun ada, excited pun ada tp satu persoalan yang muncul, kuatkah diri ini jika sesuatu yang x diingini berlaku saat kita bertugas... antara yang sering menimbulkan persoalan ini apabila berada di bahagian Obgyn, or obstetri and gyne, di mana, ibu2 yang akan melahirkan kami akan bantu. pengalaman belum ada tp pernah melihat keadaannya, sedih dan takut melihat betapa peritnya seorang ibu ingin melahirkan seorang anak. terdetik dalam hati, kerana inilah wanita diletakkan di tempat yang tinggi martabatnya. nanti bila tiba masa saya, insyAllah pengalaman itu akan saya sharekan untuk semua... :)

    ReplyDelete