scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Saturday, 21 January 2012

Pintu Taubat Itu Sentiasa Terbuka Untuk Anda

Tiada manusia yang tidak pernah berdosa . Tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesilapan . Kita , terlalu banyak dosa , terlalu banyak menzalimi diri sendiri dan menzalimi ALLAh SWT . Umpamanya pasir-pasir di tepi pantai itu , maka begitulah banyak dosa yang kita lakukan . Tidak terhitung .


Mengingati dosa-dosa yang lalu itu memang sangat menyakitkan . Ya. Sangat menyakitkan . Kadang kala , terfikir di benak , seandainya kita boleh putar kembali masa , maka kita tidak akan melakukan segala dosa-dosa yang telah kita lakukan . Dan kita ingin melakukan kebajikan sebanyak yang mungkin .
Hakikatnya , waktu tidak dapat diputarkan kembali sepertimana teka teki Imam Al-Ghazali yang beliau berikan kepada anak-anak muridnya .

“ Apa yang paling jauh dengan manusia di dunia ini ? ”

Jawapannya adalah masa yang telah berlalu . Ya , masa yang telah manusia lalui akan tetap berlalu dan manusia sendiri tidak dapat hendak mengejarnya . Masa itu tetap akan meninggalkan manusia .
Hakikat yang perlu kita terima , terdapat dua jenis manusia yang menyesali perbuatannya . Pertama , menyesal atas segala dosa lalu kembali kepada Tuhan dengan jalan yang benar . Kedua , manusia yang menyesal , tetapi mengambil jalan singkat kerana tekanan perasaan yang amat .

Sedih apabila mendengar kejadian bunuh diri . Bukankah manusia itu akan rugi di dunia dan akhirat ? ALLAH itu Maha Penyayang , kenapa tidak kembali kepada ALLAH dengan jalan yang ALLAH telah sediakan ?



Menyesali perbuatan silam memang tidak dilarang . Malah ia boleh dijadikan sebagai suatu muhasabah buat diri sendiri agar timbul rasa kehambaan .

Sahabat , saya nak duduk sebelah kamu . Nak tepuk-tepuk bahu kamu sambil berkata , " Dosa yang lalu biarkan berlalu . Apa yang tinggal hanyalah kesempatan untuk kamu berbuat baik . Percayalah. Kamu seorang yang baik . Maka kamu pasti melakukan yang terbaik dalam hidup ini . "

Taubat masih belum terlambat untuk manusia . Dunia belum kiamat !

Percayalah bahawa ALLAH sangat cinta pada hamba-NYA yang bertaubat dan menyucikan diri kepada-NYA .

Hendak bukti ? Ini ayat-ayat cinta dari ALLAH untuk manusia ,

“ Sesungguhnya ALLAH mencintai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang menyucikan dirinya . ”
 al Baqarah , 222

Subhanallah ! Sudahlah manusia itu banyak melakukan dosa dan menzalimi ALLAH , dan apabila bertaubat , ALLAH SWT sangat pula mencintai manusia itu . Manusia yang zalim dan kejam itu apabila datang kepada ALLAH untuk menyerahkan diri , maka ALLAH akan membuka tangannya menerima penyesalan hamba-Nya . MashaALLAH . MashaALLAH . MashaALLAH .

Manusia itu hina . Manusia datang kepada ALLAH dengan diri yang sangat kotor . Dan ALLAH pula mencintai manusia yang kotor dengan dosa itu .



Bayangkan apabila diri didatangi oleh seseorang yang pakaiannya compang camping , badannya berbau tidak menyenangkan , wajahnya hina , dan segalanya nampak menggelikan . Maka , mahukah kamu mendekati orang itu ? Pasti tidak .

Itu manusia. Tetapi ALLAH tidak!

Sekiranya masih ragu-ragu dan merasa tidak layak memohon dan bersujud dihadapan ALLAH , maka tadabburilah ayat-ayat cinta dari ALLAH SWT ini .

“Katakanlah ! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri . Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang . ” 
Az Zumar , 53

Jangan dihimpit penyesalan dosa dengan cara membunuh diri . Kerana orang yang membunuh diri , ALLAH tidak akan pernah redha padanya . Malah , perbuatan sebegini hanya akan merugikan diri sendiri di akhirat sana . Bahkan , bau syurga yang boleh dicium dari jarak yang sangat jauh akan tidak dapat dinikmatinya . Na’dzubillah !

Percayalah dengan janji-janji ALLAH . Teruskan taubat . Jangan berhenti . Kerana ALLAH Maha Penerima Taubat.

Dan taubat tidak pernah terlambat selagi belum datangnya hari kiamat. Percayalah bahawa ALLAH akan memandangmu dengan pandangan rahmat dan menggantikan hidupmu yang dahulu dengan kehidupan baru yang lebih indah diselimuti dengan keindahan menyemai janji bersama-Nya .

Dan ALLAH SWT itu, tidak pernah membohongi hamba-Nya .

“Dan Dialah yang menerima taubat daripada hamba-hambaNYA dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.” 
As Syura , 25

Maka , nikmat Tuhanmu yang manakah ingin kamu dustakan ?

Semoga ALLAh merahmati .


Friday, 20 January 2012

Masa Muda Tidak Lama

Ada satu surah khusus dalam al-Quran , surah al-Asr yang menegaskan manusia berada dalam kerugian jika tidak manfaatkan masa untuk beriman dan beramal soleh serta tidak berpesan-pesan sesama manusia dengan kebenaran dan kesabaran .


Rasulullah berpesan kepada umatnya supaya manfaatkan masa dalam lima keadaan sebelum lima keadaan .



Ramai yang hanyut dan terpesona dengan kekayaan yang dimiliki . Kekayaan itu tidak kekal , ia boleh bertambah bahkan berkurang dalam sekelip mata . 

Kekayaan adalah amanah , maka carilah kekayaan dan gunakan mengikut peraturan Allah . Harta boleh dicari sebanyak mungkin , tetapi bukan untuk menjadi seperti Qarun yang mabuk dengan kekayaan lalu dilanda laknat dan diazab . Bukan juga seperti Tha'labah yang kaya harta tetapi bakhil . 

Kekayaan adalah alat mencapai kebaikan dan keburukan . Dengan harta boleh menjadi dermawan , dengan harta juga boleh menjadi tamak haloba . Sama juga halnya dengan harta membolehkan seseorang masuk ke syurga dan dengan harta juga boleh ke neraka .

Masa dan peluang terakhir yang disebut Rasulullah ialah masa hidup sebelum mati .
Saidina Ali berkata :

" Sesiapa yang ingin hidup selepas mati , bersedialah dengan amalan dan sesiapa yang tidak beramal tiada lagi kehidupan ( nikmat ) selepas mati . "





Bersyukurlah Kerana Anda Wanita

Kaum feminin cakap “ susah jadi wanita ” . Mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri , seperti yang kita lihat dialog dibawah , bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka . Dengan kata lain yang agak kasar , Allah berat sebelah pada kaum wanita .

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita , dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya kerana disogok pertanyaan . Kaum lelaki pula cakap , “ Ah , mujur aku ni lelaki ! ”
Tunggu ! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas . Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil . Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran , namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada , diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu . 


Keluhan wanita A:
“ Aduh , situ tutup , sini tutup . Susah la gini . Apasal laki-laki mudah saja . Tak pakai baju pun takpe . Perempuan auratnya lagi banyak . ”

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita A :
“ Cik adik , Islam lah yang mengangkat aurat wanita . Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik . Awak ada emas dan permata , adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu ? Ok , jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang , agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi ? Lelaki , yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak ? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan ! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan ? Tapi kalau sebaliknya , jangankan saya , tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek ! ”


Keluhan wanita B :
“ Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka , rugilah kita . Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat . Kami mahu keadilan ! ”

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita B :
“ Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki ? Tapi kan , harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu . Shh . jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami . Tak kesian pada lelaki ke , dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya . Kalau isteri dia ramai , anak dia ramai , harta pulak secebis , tak merasa lah jawabnya ! ”


Keluhan wanita C :
“ Wanita takleh nak beribadat macam lelaki , sebab bila kita ada haid dan nifas , tak leh nak solat dan puasa . Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa ? ” .

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita C :
“ Nak beribadat macam lelaki ? Ingat mudah ke nak dapat syurga ? Sedarlah , awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai . Ya, dah la syurga , ada pilihan pula hanya dengan empat cara . Apa itu ? Solat lima waktu , berpuasa bulan Ramadhan , menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi ? Taat pada suami awak . Itu saja asasnya ! ”

Keluhan wanita D :
“ Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita , padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak . ”

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita D :
“ Ok , isteri perlu taat pada suami . Jadi , lelaki apa ? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya , walaupun dia sudah berkeluarga . Isteri tidak perlu lagi , taatnya hanya pada suami . Kenapa awak perlu taat pada suami ? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan ! ”



Keluhan wanita E :
“ Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak . Suami kita rileks saja ? Masa buat anak carilah kita , masa nak beranak kita tanggung sendiri ! ”

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita E :
“ Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan . Setiap kali awak begitu , wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat ! Beruntungnya awak ! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu , percayalah itu mati syahid dan ganjarannya syurga . Ya , syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua ! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan ! ”


Keluhan wanita F:
“ Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami , tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya ? Mana keadilan pada kaum hawa ? ”

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita F :
“ Akhirat nanti , saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita . Siapa ? Mereka ialah isteri saya , ibu saya , anak perempuan saya dan adik perempuan saya . Tahu maksudnya ? Awak nanti di akhirat , awak akan dibantu oleh empat lelaki ! Siapa mereka ? Mereka ialah suami , ayah , adik atau abang malah anak lelaki awak ! ”

Keluhan wanita G :
“ Suami boleh dapat pahala bila pergi berjihad fisabilillah . Kenapa isteri tak boleh pergi ? Kenapa ? ”

Lelaki beriman menjawab keluhan wanita G :
“ Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”


Lelaki beriman bertanya :
“ Sebenarnya , apa lagi yang awak mahu , wahai kaum hawa ? ”

Namun , wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata ;
“ MasyaAllah , sayangnya Allah pada wanita , namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki ! ”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman .
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya , sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka .
Allah yang menciptakan kita , maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia , sehingga segala hukumNya malah peraturanNya , tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia .


Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan , pakaian dan ladangmu , sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu ( lembut ) terhadap isteri anda sekalian .

Berbahagialah wahai para muslimah . Tunaikan dan tegakkan agamamu , nescaya syurga menantimu .


Wednesday, 18 January 2012

Anda Di Mata Orang Lain

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik .
Sambil memegang wang RM100 , dia bertanya kepada hadirin ,


“ Siapa yang nak duit ini ? ” .
Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat .
“ Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu . ” Dia berdiri mendekati hadirin . Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk .

Lalu bertanya lagi ,
“ Siapa yang masih mahu duit ini ? ”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang .
“ Baiklah , ” jawabnya ,
“ Apa jadinya bila saya melakukan ini ? ”
Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya . Meski masih utuh , kini wang itu jadi amat kotor ,lusuh dan amat renyuk .
" OK , sekarang masih ada yang berminat ? ” .

Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak .

Hadirin sekalian , Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting . Apapun yang terjadi dengan wang ini , anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya .
Biarpun renyuk , lusuh dan kotor , wang ini tetap bernilai RM100 juga .

Dalam kehidupan ini , kita pernah beberapa kali terjatuh , terkoyak , dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu .
Dalam keadaan seperti itu , kita merasa tak berharga , tak bererti .




Padahal apapun yang telah & akan terjadi , anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda , lebih-lebih lagi di mata Tuhan .
Jadi walau bagaimana kotor pun anda , kita masih mempunyai nilai yang tersendiri . Sayangilah diri anda , bertaubat jika membuat dosa , terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga .


Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama , hanya iman dan takwa yang membezakan kita .

Nikah Khitbah : Surat untuk Ibu Bapa


Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai . Apa khabar dengan keluarga ? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa .
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah . Rasanya sepanjang hidup ni , tidak pernah along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding menulis surat . Tapi adakalanya juga , ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon atau berhadapan dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat .
Dipendekkan cerita , along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah . Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni . Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang . Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi ingin menyempurnakan sebahagian dari agama . Selain itu , dengan nikah , along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah .
Kadang-kala , along rasa hairan , masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend . Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut . Perkara ini haram di sisi Islam . Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah . 

Along bukan terburu-buru untuk bernikah , tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam . Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina . Allah S.W.T berfirman :
" Dan janganlah kamu menghampiri  zina . . "
Surah al Isra  32
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta . Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram ( boyfriend dan girlfriend ) . Walaupun bertunang , Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya . Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan . Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu . Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut .
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan , 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin . Ini kerana pasangan yang telah berkahwin merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul , dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan . Jadi , orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat .
Di universiti along , ramai pelajar yang ‘ bercouple ’ dan mereka boleh belajar seperti biasa . Tapi , apa yang mereka buat tu adalah maksiat . Kan elok , kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa . Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam . Jadi apa perbezaannya ? Yang satu , belajar tapi diiringi dengan maksiat ( macam mana nak berkat ilmu yang belajar ) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita , sama ada nak kepada benda baik atau buruk .

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti . Seperti yang along katakan awal-awal tadi , along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata . Dalam tempoh along belajar , dan perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti , maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu . Dalam sirah Rasulullah S.A.W , Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun . Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun , iaitu 3 tahun selepas menikah . Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘ nikah khitbah ’ atau ‘ nikah gantung ’ .
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu . Selepas menikah , maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tidak lagi . Kalau along telefon dia , along dapat pahala , along rindu dia , along dapat pahala , along bagi hadiah kat dia , along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal . Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘ couple ’ . Kalau pasangan yang belum menikah , mereka telefon sesama sendiri , dipanggil zina mulut dan telinga ( dosa ), rasa rindu di hati dipanggil zina hati ( dosa ) , keluar berdua-duaan lagi , tambah lagi satu dosa . Jadi , along nak tanya pada mak dan ayah , adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah . Sekarang pilihan di tangan kita .
Berkenaan nafkah zahir pula , memandangkan along masih belajar dan juga dia masih belajar , maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini . Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit . Sebagai contoh , kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan , maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya . Lagipun , untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan , minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami . Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga ( minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga ) .
Macam sekarang ni lah , kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah , takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami . Mak akan terima juga . Kalau nenek menjamu mak dengan makanan , mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami . Yang penting , isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami . Kalau mak dan ayah masih kurang jelas , mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini . Mak dan ayah jangan risau , sebelum along nak nikah , along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along . Kalau dia menyetujuinya , alhamdulillah , kalau tidak , along tangguh dulu . Apa-apa pun , along tegaskan sekali lagi , along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata , tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa .
Along tengok ramai kenalan along nikah awal dalam umur 22 tahun . Along cadang pun begitu juga . Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti , along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri . Kalau kahwin lambat , nanti waktu tua ( dah pencen ) , ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu , ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit . Waktu dah pencen , nak harap wang pencen , sikit sangat . Mahu tak mahu , dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah . Sepatutnya waktu tu , ajal nak dekat sampai , patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah . Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat , ajal dan maut di tangan Tuhan . Tua pun mati , yang muda pun mati . Along juga harap , anak-anak along nanti ( kalau ada rezeki ) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini .
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni , macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti . Punca maksiat ada di mana-mana . Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul .

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini . Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar . Sebab bagi along , kalau along membicarakan masalah ni , ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua . Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 21 tahun ( dalam tahun Islam , along dah 22 tahun ) . Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini . Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak . Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini , tapi jika ada kebenaran dalam hakikat , apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka .
Kalau boleh jangan bagi tahu saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor . InsyaAllah , kalau ada apa-apa nanti , along akan maklumkan kepada mereka . Sebenarnya bagi seorang lelaki , tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan . Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah . Berbanding dengan perempuan , mereka harus minta izin , sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti .
Akhirul kalam , doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat . Kirim salam dengan semua keluarga .

Nikah Khitbah : Tiket untuk berCouple


Dalam adat Melayu perkahwinan dimulai dengan pertunangan sedangkan mengikut cara yang diamalkan dalam masyarakat dulu iaitu nikah gantung adalah lebih menepati maksud khitbah dalam Islam bukannya bertunang . Ada orang yang menyamakan khitbah dalam Islam sebagai pertunangan adalah tidak tepat . Akibat dari cara khitbah yang salah telah menjadikan pertunangan sebagai asas untuk menghalalkan “ coupling ”  ( dulu disebut berdua-duaan atau merendek ) antara lelaki dan wanita .
Ada yang memberi alasan untuk ber ’ couple ’ dulu atau bertunang dulu untuk kenal mengenali satu sama lain sedangkan hubungan perkahwinan bukan isu hukum “ cuba-cuba ” atau “ trial and error ” . Ia adalah satu amanah dalam Islam . Ramai di kalangan remaja pernah mengatakan , “ Alah , takkan tak boleh couple ustaz , kita ni bukan hidup zaman dulu lagi . Lagipun bukan buat apa-apa , untuk suka-suka aje ! ” . Ada yang berkata , “ Bertunang boleh kenal hati budi , kalau tak sesuai boleh putuskan tapi kalau dah kahwin susahlah , nak bercerai malu ! ” .
Isunya : Siapa kata tak boleh coupling ? Nak bercouple , couplelah , tapi kena dengan cara yang halal , iaitu bernikah !
Apabila persoalan nikah ini diutarakan , ramai yang akan memberikan respon yang skeptik . “ Saya belum bekerja ! ” , “ Saya masih belajar ! ” , “ Mana nak cari duit buat belanja kahwin ? ” , “ Ni bukan main-main , nak bagi anak orang makan apa ? ” , “ Mak Ayah tak bagi ! ” , “ Nak tinggal kat mana ? Sapa yang nak bayar sewa rumah ” dan 1001 alasan lagi . Kenapa mereka boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal , tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram ? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut , mudah sahaja , “ Kamu wajib berkhitbah ! ” .

Khitbah
Secara literalnya , ia membawa maksud “ bertunang ” . Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu . Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia . Malangnya , disebabkan kejahilan masyarakat , hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini , akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang . Lebih dahsyat lagi , ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “ separuh berkahwin ” . Ada pasangan yang bertunang , berpelesiran , berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak . Lebih menyedihkan ada yang bertunang kemudian ber ’ coupling ’ berakhir dengan keterlanjuran , kemudian putus dengan pelbagai alasan .
Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden , terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu . Ia merupakan “ akad nikah ” dalam erti kata yang sebenar . Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah . Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan . Pada dasarnya , mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya . Di dalam masyarakat kita , pernikahan tersebut diberikan nama “ nikah gantung ” ( bunyinya amat mengerikan ) .
Jika ditukarkan nama “ nikah gantung ” tersebut kepada “ nikah khitbah ” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan . Bunyinya pun agak “ islamic ” . Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan pemuda pemudi kita hatta yang janda , duda atau yang nak berpoligami serta yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi .
Nikah adalah untuk menghalalkan perhubungan dan juga membina kematangan . Yang utamanya , kedua-dua pasangan sudah halal dan sudah boleh bersama dan melakukan apa sahaja . Bunyinya agak mudah , namun realitinya tidak demikian . Sudah pasti ada ibu bapa tidak akan bersetuju . Dalam hal ini , anjakan paradigma oleh para ibu bapa amat diperlukan . Ibu bapa perlu sedar zaman anak-anak mereka kini bukanlah seperti zaman mereka dahulu . Zaman kini fitnahnya berleluasa dan kerosakan moral telah menggila . Lihatlah apa yang berlaku di seluruh tanah air , rasanya pendedahan oleh media massa mengenai aktiviti pengguguran cukup merisaukan banyak pihak . Apakah ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka menjadi malaikat yang tidak terpengaruh dengan suasana persekitaran , rancangan-rancangan hiburan dan bahan-bahan literasi menjurus ke arah maksiat dan nafsu .
Sudah sampai waktunya para ibu bapa moden membuat anjakan paradigma . Mereka hendaklah menerima realiti jahiliah moden yang menggila ini . Mereka menghadapi dua jalan penyelesaian , sama ada menerima arus liberal dan sekular yang menghalalkan segala perhubungan bebas di antara dua jantina , dan kemudian mereka yang akan menanggung malu . Atau pilihan kedua , iaitu untuk membenarkan anak-anak mereka menikmati alam percintaan dengan cara yang halal , iaitu melalui ikatan perkahwinan . Walaubagaimanapun , membenarkan anak-anak mereka bernikah di dalam ini adalah satu risiko . Maka di sinilah peranan ibu bapa moden untuk membantu anak-anak mereka mengurangkan risiko tersebut demi menyelamatkan agama dan maruah mereka .