scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Wednesday 18 January 2012

Nikah Khitbah : Surat untuk Ibu Bapa


Assalamualaikum kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai . Apa khabar dengan keluarga ? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat Allah sentiasa .
Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah . Rasanya sepanjang hidup ni , tidak pernah along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding menulis surat . Tapi adakalanya juga , ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon atau berhadapan dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat .
Dipendekkan cerita , along sebenarnya nak minta redha dari mak dan ayah untuk bernikah . Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam ni . Along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang . Along nak nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata tapi ingin menyempurnakan sebahagian dari agama . Selain itu , dengan nikah , along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada Allah .
Kadang-kala , along rasa hairan , masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend . Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut . Perkara ini haram di sisi Islam . Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah . 

Along bukan terburu-buru untuk bernikah , tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam . Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina . Allah S.W.T berfirman :
" Dan janganlah kamu menghampiri  zina . . "
Surah al Isra  32
Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta . Zina akan berlaku melalui beberapa langkah yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram ( boyfriend dan girlfriend ) . Walaupun bertunang , Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya . Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan . Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu . Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut .
Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan , 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin . Ini kerana pasangan yang telah berkahwin merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul , dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan . Jadi , orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat .
Di universiti along , ramai pelajar yang ‘ bercouple ’ dan mereka boleh belajar seperti biasa . Tapi , apa yang mereka buat tu adalah maksiat . Kan elok , kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa . Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam . Jadi apa perbezaannya ? Yang satu , belajar tapi diiringi dengan maksiat ( macam mana nak berkat ilmu yang belajar ) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasulullah S.A.W. Sekarang pilihan di tangan kita , sama ada nak kepada benda baik atau buruk .

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti . Seperti yang along katakan awal-awal tadi , along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata . Dalam tempoh along belajar , dan perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti , maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu . Dalam sirah Rasulullah S.A.W , Rasulullah bernikah dengan dengan Sayyidatina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun . Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun , iaitu 3 tahun selepas menikah . Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘ nikah khitbah ’ atau ‘ nikah gantung ’ .
Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu . Selepas menikah , maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tidak lagi . Kalau along telefon dia , along dapat pahala , along rindu dia , along dapat pahala , along bagi hadiah kat dia , along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal . Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘ couple ’ . Kalau pasangan yang belum menikah , mereka telefon sesama sendiri , dipanggil zina mulut dan telinga ( dosa ), rasa rindu di hati dipanggil zina hati ( dosa ) , keluar berdua-duaan lagi , tambah lagi satu dosa . Jadi , along nak tanya pada mak dan ayah , adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut sunnah Rasulullah yang tercinta iaitu nikah . Sekarang pilihan di tangan kita .
Berkenaan nafkah zahir pula , memandangkan along masih belajar dan juga dia masih belajar , maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini . Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit . Sebagai contoh , kalau nanti dia setuju untuk menerima RM50 sebulan , maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya . Lagipun , untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan , minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami . Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga ( minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga ) .
Macam sekarang ni lah , kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah , takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami . Mak akan terima juga . Kalau nenek menjamu mak dengan makanan , mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami . Yang penting , isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami . Kalau mak dan ayah masih kurang jelas , mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini . Mak dan ayah jangan risau , sebelum along nak nikah , along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along . Kalau dia menyetujuinya , alhamdulillah , kalau tidak , along tangguh dulu . Apa-apa pun , along tegaskan sekali lagi , along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata , tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa .
Along tengok ramai kenalan along nikah awal dalam umur 22 tahun . Along cadang pun begitu juga . Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti , along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri . Kalau kahwin lambat , nanti waktu tua ( dah pencen ) , ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu , ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit . Waktu dah pencen , nak harap wang pencen , sikit sangat . Mahu tak mahu , dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah . Sepatutnya waktu tu , ajal nak dekat sampai , patutnya lebih banyak beribadat kepada Allah . Tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat , ajal dan maut di tangan Tuhan . Tua pun mati , yang muda pun mati . Along juga harap , anak-anak along nanti ( kalau ada rezeki ) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini .
Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada Allah di samping mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. Dalam umur muda ni , macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti . Punca maksiat ada di mana-mana . Along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak melihat anaknya untuk menderhaka kepada Allah dan Rasul .

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini . Along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar . Sebab bagi along , kalau along membicarakan masalah ni , ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua . Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 21 tahun ( dalam tahun Islam , along dah 22 tahun ) . Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini . Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak . Along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui 100% apa yang along katakan ini , tapi jika ada kebenaran dalam hakikat , apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka .
Kalau boleh jangan bagi tahu saudara yang lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor . InsyaAllah , kalau ada apa-apa nanti , along akan maklumkan kepada mereka . Sebenarnya bagi seorang lelaki , tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan . Sebab redha Allah adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah . Berbanding dengan perempuan , mereka harus minta izin , sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti .
Akhirul kalam , doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat . Kirim salam dengan semua keluarga .

2 comments:

  1. assalamualaikum...
    very nice article..keep it up :)
    thanks..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm . tq for ur support . =)
      insyaAllah i will .
      terima kasih lagi sekali atas masa untuk blog ana .
      salam persahabatan . =))

      Delete