scroll text

Jika anak Adam meninggal , maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara , sedekah jariyah , ilmu yang bermanfaat , dan anak soleh yang berdoa kepadanya .

Monday 30 January 2012

Andai Tidak Mampu Bersatu Kerana Allah , Berpisahlah Kerana Allah .

assalamualaikum . insyaAllah ini tulisan pertama dan mungkin terakhir ana tentang diri ana , kehidupan ana . ini juga sebagai perkongsian untuk semua . yang baik jadikan teladan , yang buruk jadikan sempadan .

ana bukanlah insan sempurna , yang teguh imannya . tapi ana sedang cuba ke arah itu . insyaAllah .

ana punya kekasih . lama ana bersama dia . ana betul sayang cinta dan kasihkan dia . ana ikhlas dengan dia . subhanallah indahnya perasaan ini .

kami berkenalan seawal usia kami 18 tahun . kini kami 21 . tiga tahun kami bersama .

dulu dan kini berbeza . ana berharap sangat ana betul kuat untuk berubah . ana mahu berubah . dari meniarap , kini ana sudah merangkak . ana berharap ana dapat berjalan dan berlari selepas ini . ana mahu mendalami sedalamnya ilmu agama .

ana mula meninggalkan dunia ana dulu . ana belajar dan ana berharap ana terus tabah untuk semua ini . masyaAllah . susah . memang susah . susah untuk ana tinggalkan pakaian ana dahulu , cara ana dahulu , hobi ana dahulu , kehidupan ana dahulu . susah . kini ana belajar untuk cantik di mata Allah juga anggun di mata manusia . insyaAllah .

ana kini belajar untuk melabuhkan tudung , memakai pakaian yang betul betul menyimpan kecantikan aurat ana . ana betul betul kuatkan hati untuk berubah . ana berharap sokongan dari semua pihak . ana mengharapkan penerimaan semua orang . namun , ana masih tidak terlepas dari menerima perlian juga kritikan dari mereka yang mempermainkan perubahan ana . ya Allah , tabahkanlah hati hambaMu .

berbalik kepada kisah ana dengan kekasih ana . apabila ana betul tekad kembali kepada Allah , ana menyuarakan hasrat untuk menjadi yang halal untuk dia . ana tekad , ana mahu cinta , kasih dan sayang kepada insan yang halal untuk ana .

alhamdulillah . kedua ibu bapa kami dapat menerima perhubungan kami . mereka merestui kami . tapi , masih kami terhalang untuk bersama kerana faktor usia yang masih muda .

oleh kerana kami belum mampu untuk bernikah , ana mengambil keputusan untuk bertunang demi menjaga nama juga maruah kami semua .

ana mengharapkan kami untuk bertunang . bukan bermaksud ini sebagai tiket menghalalkan hubungan kami , tapi ana sebagai seorang yang ingin membawa peribadi muslimah , ana tidak mahu kerana ana , identiti muslimah lain juga tercalar . ana tidak mahu ada desus yang mengatakan " harapkan tudung aja labuh , tapi bercinta " . ana tidak mahu perkara ini berlaku kerana ana .

ana juga mahu menjaga nama baik agama , keluarga juga nama baik kami . ana tidak mahu ada yang melihat kami dan berbisik " anak siapa tu ? " . ana tidak mahu ada yang berkata , " parents hantar belajar UIA tapi asyik aja nak bercinta " . ana tidak mahu .

hakikatnya , Allah lebih mengetahui yang mana yang terbaik untuk kami . rancangan ana untuk bertunang tidak dipersetujui oleh sebahagian pihak . perit hati ini . pelbagai halangan juga rintangan yang datang . ana kini belajar erti redha .

ya Allah . berilah kekuatan untuk hambaMu ini . ana betul sayangkan dia ya Allah .

untuk menjaga nama baik agama , keluarga dan diri sendiri , ana tabahkan hati . berderai air mata . tapi demiMu ya Allah , ana rela . ana mengambil keputusan untuk tamatkan kisah percintaan kami .

banyak masalah timbul kerana ana . ana tidak mahu lagi masalah timbul kerana ana . ana tak mahu keluarga ana susah , ana tak mahu dia susah , ana tak mahu keluarga dia susah . ana mengharapkan inilah keputusan yang paling tepat untuk ana , untuk dia , untuk kami .

jauh di sudut hati ana , ana masih mengharapkan dialah jodoh ana . ana sangat cintakan dia ya Allah . kuatkanlah hati hambaMu ini ya Allah . ana sungguh cintakan dia . ana sungguh kasih dan sayangkan dia . ana redha .

ana tekad . ana mahu mendalami sedalamnya ilmu agama . ana mahu praktikkan ilmu agama . ana mahu menjadi insan yang berilmu dan beragama . andainya suatu hari nanti datang dia untuk mengambil ana sebagai isteri , tatkala itu ana sudah bersedia untuk menjadi isterinya yang sah , yang halal , dan paling penting , ana dapat menjadi isteri yang solehah kepadanya . insyaAllah . ana mahu menjadi syurganya di dunia . ana mahu menjadi ibu mithali kepada anak anak dia .

ana terlampau sayangkan dia . kerana itulah ana mahu berpisah dengan dia . ana mahu bercinta dengan dia kerana Allah . ana tidak mahu ana menjadi penyebab dia ke neraka . sungguh ana tak mahu . ana tak sanggup . ana sayangkan dia . ana berharap dengan ini , ana mampu menarik dia ke syurga .

ya Allah , jauh di sudut hati ini ana merindui dia . ana cintakan dia . ana sentiasa berdoa . andai dialah jodoh ana , kuatkanlah hati kami ya Allah .

yang mengharap rahmat Allah ,

Amni Fatnin

10 comments:

  1. salam saudari amni..kisah hidup saudari yg berkaitan tentang percintaan saudari hampir sama dengan kisah hidup saya.. saya juga punya niat yg sama seperti saudari..smoga kita dapat kongsi pengalaman dengan lebih lagi..harap bersabar dengan ujianNya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm . terima kasih . semoga kita sama sama tabah untuk menempuh semua ni . alhamdulillah bila niat ana ikhlas kerana Allah , ana betul betul tenang sekarang . sekali lagi terima kasih sudi spend time untuk blog ana . =)
      salam persahabatan . =))

      Delete
  2. am... be strong. yana kan ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yana . tq tq i luv u . xpo xpo . am xsedih dah . am kuat . =))
      sayang yana banyak2 . kalau ad jodoh x ke mana kan . insyaAllah . =D

      Delete
  3. Assalamualaikum, saya faham keadaan saudari dan sememangnya saya pernah melalui perkara yang sama setahun lepas. perit dan sakitnya perpisahan amatlah dirasakan dan alhamdulillah kawan2 saya sedia membantu saya, lagi2 saya berada di luar negara dan dia di tanah air. sesungguhnya, saya berserah kepada Allah SWT dalam penentuan jodoh kami dan berharap kepada-Nya. Mungkin ada betulnya usia yang terlalu muda antara faktor yang bermain disini, tp sentiasa ingat yang selesaikan tanggungjawab kita sebagai pelajar dan anak dulu sebelum melangkah ke yang lebih tinggi. saya x berniat nak menyakitkan hati saudari ttpi itulah yang sering saya pikirkan sepanjang saya bersama dia dan bertekad nak berbakti untuk org tua dahulu sebelum saya mengambil tanggungjawab menjadi seorang suami. :) Kuatkan hati, Percaya dan sentiasa berdoa untuk kebahagiaan dan jodoh saudari dgn si dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih anta . hari tu , memang ana sedih . sedih sangat . tapi alhamdulillah , lepas ana dapat ilham tentang konsep mendirikan masjid , ana berazam untuk bina masjidil haram . dan ana berjaya menulis artikel tu . ana syukur ana dapat kongsi ilmu ana . sekurang kurangnya mereka yang lain dapat ubati hati mereka jugak . terima kasih juga atas nasihat anta . terima juga untuk bacaan . salam persahabatan . =))

      Delete
    2. tak banyak yang faham dan yang mampu menghadapinya. alhamdulillah sbb awak berjaya menghadapinya dengan tabah.. :D sama2 kita berkongsi ilmu dan pengalaman kerana itu yang kita ada dan itu yang mampu kita kongsikan. :D

      Delete
    3. tq . tq so much . sama samala kita =)

      Delete
  4. sedih bila baca entry kak Amni...moga kak Amni bersabar...salam ukhuwah kak Amni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq sayang . maaf akak dah lama tak bukak blog . insyaAllah akak masih kuat sekarang . doakan akak k . =)

      Delete